• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ganjaran Lebih RM20,000 Maklumat Lelaki Hilang

oleh
29/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELUARGA Stephen Warde merayu kepada orang ramai dengan menawarkan ganjaran AS$5,000 (RM20,560) untuk sebarang maklumat mengenai kehilangan lelaki warga Ireland itu.

Warde, 32, memasuki Malaysia sebagai pelancong pada 15 November tahun lepas.

Abangnya, Donal Warde, 34, berkata, menerusi rakaman CCTV, Stephen dilihat di luar Mercu Summer Suites di Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur pada 29 Disember.

Beliau juga berkata, kali terakhir Stephen memeriksa aplikasi mudh alih, WhatsApp pada pukul 1.30 pagi 2 Januari.

“Kunci utama kita sekarang adalah mengenal pasti apakah yang berlaku antara 29 Disember dan 2 Januari.

“Namun, kita juga menghargai sekiranya sesiapa sahaja secara sukarela mendapatkan maklumat terkini,” katanya.

Stephen digambarkan mempunyai rambut coklat gelap, mata coklat dan ketingian 180 sentimeter atau 5 kaki 11 inci.

Dia kali terakhir dilihat memakai baju biru dan ungu, berseluar pendek dan kasut hitam.

Tambahnya, Stephen yang bekerja dalam industri e-dagang pernah berkunjung ke Malaysia sekurang-kurangnya sekali sebelum ini.

Donal berkata, ibunya, Mary Morrissey dan tiga beradiknya terbang ke Kuala Lumpur untuk mengendalikan perkara itu.

Dia menggesa sesiapa yang mempunyai maklumat supaya menghubungi ibu pejabat polis Dang Wangi di 03-2600 2222 atau melawat balai polis berdekatan. – The Star

Tags: IrelandOrang Hilang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

‘Kami Setiap Hari Akan Cari Abah, Tapi…’ – Anak Risau Bapa Hilang Sejak 18 Disember

‘Kami Setiap Hari Akan Cari Abah, Tapi…’ – Anak Risau Bapa Hilang Sejak 18 Disember

25/12/2025
0

SUNGAI BULOH: "Saya dan abang sangat risaukan keadaan abah yang hilang tanpa khabar sejak seminggu lalu. Abah ada kad orang...

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

Lelaki Hilang Selepas Keluar Memancing Di Klang

17/03/2025
0

KLANG, 17 Mac 2025 – Seorang lelaki dilaporkan hilang selepas keluar memancing di kawasan bawah Jambatan Muhibbah, Klang, berhampiran Pulau...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd