• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, June 3, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

IPC Tarik Hak Penganjuran Malaysia

oleh
28/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) menarik balik hak Malaysia selaku penganjur Kejohanan Renang Para Dunia 2019 yang sepatutnya berlangsung di Kuching, Sarawak pada 29 Julai hingga 4 Ogos depan.

Keputusan tersebut diputuskan oleh ahli lembaga IPC dalam satu mesyuarat yang diadakan di London ekoran keengganan Malaysia yang tidak membenarkan atlet renang para Israel mengambil bahagian pada kejohanan tersebut.

Presiden IPC, Andrew Parsons berkata, mana-mana negara yang dilantik dalam menganjurkan kejohanan tertentu harus bersifat terbuka dengan membenarkan atlet yang layak beraksi dengan bebas mewakili negara masing-masing.

“Apabila penganjur kejohanan menafikan hak sebilangan atlet dalam menyertai kejohanan berkenaan atas beberapa sebab politik, kami tidak mempunyai cara lain selain mencari penganjur baharu.

“Pada September 2017 apabila IPC menandatangani kontrak dengan Majlis Paralimpik Malaysia tentang hak penganjuran kejohanan ini, kami telah bersetuju untuk memastikan semua atlet yang layak bersaing boleh mengambil bahagian termasuk jaminan keselamatan para atlet.

“Ketika ini kami akan mencari penganjur baharu untuk kejohanan ini yang juga pentas untuk melayakkan diri ke temasya Paralimpik di Tokyo 2020, Jepun. Kami akan memastikan tarikh serta syarat yang ditetapkan untuk kejohanan ini kekal,” katanya dalam satu kenyataan di London, semalam.

Sebelum ini Malaysia melalui Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad kekal dengan pendirian untuk tidak membenarkan atlet Israel bertanding di kejohanan tersebut disebabkan dasar luar negara yang tidak mengisytiharkan Israel sebagai negara yang sah.

Kira-kira 600 atlet dari 60 negara dijangka akan mengambil bahagian beraksi di kejohanan Renang Para Punia 2019. – Agensi

Tags: IPCRenang
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Anggota Polis Maut Digilis Lori Langgar Lari

Next Post

Makcik Bawang Mula Serang FB IPC

Related Posts

Kizierowski Buat ‘U-turn’ Batal Latih Atlet Renang

29/01/2019
0

KUALA LUMPUR - Ketika Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) sudah berkira-kira hari menyambut ketibaan jurulatih baharu, badan induk itu terpaksa...

IPC: Kerajaan Kekal Pendirian Isu Atlet Israel

28/01/2019
0

PUTRAJAYA - Persatuan sukan kebangsaan atau penganjur perlu mematuhi pendirian Malaysia terhadap Israel apabila menawarkan diri atau membuat bidaan untuk...

Next Post

Makcik Bawang Mula Serang FB IPC

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd