• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Cipta Profil Menarik Di Tinder Anggap Diri Hodoh

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pelajar lelaki mencipta profil menarik di akaun Tinder miliknya selain turut meminta bekas kekasihnya untuk memberi penilaian tentang dirinya di ruang rujukan.

Tinder adalah aplikasi mencari jodoh terbesar di dunia.

Dalam usaha mencari kenalan baharu, Rizal, 22 dari Southampton mencipta profil paling menarik sehingga tular di media sosial.

Selain menyenaraikan sebab-sebab mengapa gadis patut keluar janji temu dengannya, Rizal turut meminta rakan rapat, keluarga malah bekas kekasihnya untuk memberikan penilaian dan penarafan bintang terhadap dirinya.

Dalam persembahan yang dipanggilnya ‘mengapa perlu swipe ke kanan’, Rizal turut menyenaraikan kualiti yang ada pada dirinya termasuk kecergasan dan stamina yang baik selain mahir memasak dan suka berjenaka.

Malah bekas teman wanitanya turut memberikan rating empat bintang kepada Rizal dan berkata lelaki itu ‘elok untuk dijadikan teman lelaki pertama dan amat disyorkan’.

Ibunya pula berkata Rizal merupakan salah seorang anak kesayangannya manakala rakan serumahnya turut memuji sikapnya yang tidak ‘mencuri’ makanan mereka.

Rizal turut menyenaraikan beberapa hobinya termasuk memasak hidangan Asia dengan kualinya selain gemar menghiburkan orang ramai dengan nyanyian berkualiti di karaoke.

Malah di aplikasi tersebut, Rizal turut menulis bakal teman wanitanya boleh menggunakan akaun Netflix miliknya dan mendapatkan rakan kongsi untuk membeli-belah.

Ketika ditanya di Twitter mengapa dia melakukan persembahan sedemikian terhadap profilnya itu, Rizal dengan ringkas berkata: “Kerana saya hodoh.”

Namun tweet Rizal menjadi tular dan mendapat perhatian ramai gadis dari seluruh dunia.

Rizal berkata dia mahu mencari pasangan untuk keluar sempena Hari Kekasih di Southampton.

Dia memberitahu Buzzfeed: “Saya tahu saya tidak mempunyai daya tarikan yang tinggi.

“Namun saya cuba melakukan yang terbaik atas apa yang saya ada dan menggunakan kelebihan saya yang suka berjenaka dan bijak.” – Mirror.co.uk

Tags: hodohjodohTinder
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Jodoh Pernah Lintas Depan Mata” – Fahrin

10/05/2019
0

KUALA LUMPUR – Jodoh di antara pelakon dan pengacara, Fahrin Ahmad dengan isterinya, Elena Hani rupanya kuat sejak 20 tahun...

Bakal Menantu Ditawar 10 Juta Baht

07/03/2019
0

BANGKOK - Seorang bapa bergelar jutawan di sini menawarkan ganjaran sebanyak 10 juta baht (RM1.3 juta) kepada mana-mana lelaki yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd