• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, April 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anjur Program Kesenian Waktu Malam Di Putrajaya

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Perbadanan Putrajaya (PPj) diminta untuk menganjurkan program-program kesenian pada waktu malam bagi menarik lebih ramai pengunjung tempatan dan antarabangsa ke Putrajaya, kata Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abd Samad.

Beliau berkata, ini adalah kerana ramai pelancong yang datang ke Putrajaya untuk melihat keindahan senibina tetapi mereka tidak bermalam memandangkan tidak ada aktiviti menarik yang boleh mengikat mereka untuk menginap di sini.

“Saya yakin aktiviti kesenian dan pertunjukan pentas yang sihat serta persembahan teater yang positif boleh mengikat lebih ramai pelancong untuk datang dan menginap juga di hotel-hotel kita di Putrajaya,” katanya ketika melancarkan program Placemaking@ Jejak Sisiran (Re-discovery City Trail) di Presint 1 di sini hari ini.

Menurutnya, konsep persepakatan menerusi program-program agenda tempatan ini diharapkan dapat diteruskan bagi meningkatkan persekitaran fizikal kawasan-kawasan berpotensi di Putrajaya seperti di City Trail ini supaya lebih dikenali.

“Konsep “placemaking’’ ini merupakan pendekatan yang baik bagi meningkatkan daya tarikan kawasan-kawasan lapang di Putrajaya supaya lebih dikunjungi,” katanya, sambil menambah program ini turut membuka peluang perniagaan dan pekerjaan kepada penduduk tempatan. – BERNAMA

Tags: Khalid SamadPutrajaya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu  Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

Kerajaan Setuju Projek Jajaran Baharu Lebuhraya Pantai Barat Secara Penswastaan

09/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mesyuarat Majlis Perancang Fizikal Negara (MPFN) Ke-50 yang dipengerusikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini...

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

Babi Hutan Berkeliaran Di Putrajaya Sedang Diburu

27/03/2026
0

PUTRAJAYA – Aduan berkaitan kehadiran babi hutan di sekitar Jalan P9A, Presint 9 kini sedang diambil tindakan oleh pihak berkuasa...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd