• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Alat Kesan Asap Tandas Awam Atasi Tabiat Perokok

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEMASANGAN alat pengesan asap di tandas awam milik Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bakal diperkenalkan untuk mengatasi tabiat perokok di kemudahan awam itu.

Ketika ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan sedang mengkaji mekanisme sesuai yang boleh digunakan untuk mengatasi tabiat perokok di dalam tandas awam.

Timbalan Menterinya, Datuk Raja Kamarul Bahrin Shah Raja Ahmad Baharuddin Shah berkata, kementeriannya akan melakukan kajian lebih terperinci bagi mengenal pasti mekanisme yang sesuai untuk mengatasi masalah itu.

“Mungkin boleh pasang alat pengesan asap sebab di dalam tandas tidak boleh pasang CCTV (televisyen litar tertutup), tetapi kita perlu lakukan kajian daripada sudut ekonomi mengenai keberkesanannya.

“Untuk melaksanakannya (pengesan asap) mungkin memerlukan kos yang­ tinggi dan mengambil masa kerana perlu menaik taraf banyak tandas dengan pengesan asap,” katanya kepada pembe­rita selepas merasmikan Sambutan Hari Tandas Sedunia Peringkat Kebangsaan 2019 dan melancarkan aplikasi berkenaan di Stadium Indera Mulia di Ipoh, Ahad.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tandas yang menjadi tumpuan perokok selepas larangan merokok diperkenalkan di premis makanan mulai tahun ini.

Selain itu, katanya mungkin kempen keseda­ran boleh dilakukan bagi mengurangkan perokok yang menjadikan tandas sebagai lokasi untuk mereka merokok. – BERNAMA

Tags: Asap Rokokperokok
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perokok Dakwa Keliru Jarak 3 Meter

06/01/2020
0

KUALA LUMPUR - Perokok yang ditemui di kedai makan sekitar ibu negara mendakwa mereka masih tidak jelas dengan ketetapan larangan...

Restoran Tak Dibenarkan Sedia Kawasan Khas Merokok

05/01/2020
0

BATU GAJAH - Kedai makan atau restoran tidak dibenarkan sama sekali menyediakan ruangan khas merokok kepada pelanggan di premis mereka....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd