• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, August 13, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bakal Agong Hadiri Majlis Kahwin Pasangan Bisu

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TUAH… Kemeriahan majlis perkahwinan pasangan bisu di Dewan Mentiga Perkampungan Sungai Isap 2 di Kuantan, Pahang hari ini diserikan lagi dengan kehadiran Sultan Pahang sendiri.

Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Sultan Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dilaporkan sudi cemar duli dengan singgah sebentar di situ bagi jenguk pengantin baharu Orang Kelainan Upaya berkenaan.

Pasangan pekak dan bisu tersebut, Mohd. Hafizan Zaini, 27, dan Siti Norbayah Mohamad Hoe, 24, yang diijab kabul pada pagi ini bahkan tidak sangka bahawa Sultan Pahang berkenaan hadiri majlis perkahwinan mereka itu.

Mereka menyifatkan ia adalah saat-saat paling gembira dalam hidup apatah lagi baginda bakal ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 di Istana Negara, Kuala Lumpur pada 31 Januari depan.

Al-Sultan Abdullah terdahulu dilaporkan tiba di dewan berkenaan dengan berjalan kaki kira-kira 500 meter pada pukul 2.15 petang selepas baginda tunaikan solat fardu Zohor secara berjemaah di Masjid Al-Falah.

Sultan Pahang kemudian ziarahi rumah baharu sebuah keluarga yang terlibat dalam kebakaran di situ. Menurut Siti Norbayah, dia dan suami amat bertuah dan ia pasti jadi detik tidak akan dapat dilupakan sepanjang hidup mereka.

“Saya memang berasa terkejut dan teruja apabila dimaklumkan bahawa Al-Sultan Abdullah berkenan singgah di majlis meraikan perkahwinan kami kira-kira tiga jam sebelum ketibaan baginda.

“Lazimnya saya dan ahli keluarga ke istana Tuanku setiap kali Hari Raya Aidilfitri tetapi kali ini baginda pula yang muncul dalam majlis perkahwinan saya,” katanya dengan bahasa isyarat yang diterjemahkan oleh ibu saudaranya, Aida Syafizaz Sulaiman. – Agensi

Tags: Al-Sultan AbdullahSultan PahangYang di-Pertuan Agong
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

Agong Titah Perkukuhkan Kawalan Keselamatan Lapangan Terbang Dan Pintu Masuk Negara

08/08/2026
0

KUALA LUMPUR - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim bertitah supaya kementerian serta agensi berkaitan meningkatkan kawalan serta tahap keselamatan di...

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

Yang di-Pertuan Agong Terima Menghadap Premier Sarawak

05/08/2026
0

JOHOR BAHRU - Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan menerima menghadap Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri (Dr) Abang Abdul...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd