• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sewa Apartmen RM6K Sebulan Untuk 2 Kucing

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Gara-gara dua ekor kucing peliharaan ‘tidak serasi’ dengan anjing yang dijaga, pemilik haiwan ini sanggup sewa sebuah apartmen dan membayar AS$1,500 (RM6,186) sebulan.

Semestinya, pemilik apartmen yang disewakan itu gembira dapat dua penyewa “yang tidak minum, merokok dan bising”. Sebabnya, penyewanya tidak lain dan tidak bukan hanya dua ekor kucing peliharaan.

Kedua-dua mamalia comel itu masing-masing dipanggil sebagai ‘Tina’ dan ‘Louise’. Dua kucing tersebut malah hanya tinggal bersendirian dalam apartmen berkenaan.

Pada awalnya, pemilik apartmen tersebut, David Callish, ingin menjadikan rumahnya sebagai tempat penginapan Airbnb. Namun, rakannya luahkan hasrat untuk sewa apartmen itu bagi dua ekor kucing milik anak perempuannya.

“Ia pasti sesuatu yang aneh, bukan? Saya tidak pernah jangka ini akan berlaku. Mereka benar-benar menyayangi haiwan peliharaan mereka yang sudah jadi sebahagian keluarga. Jadi saya ingin bantu rakan saya,” katanya.

Apartmen berkenaan mempunyai ruang yang cukupi untuk dua ekor kucing, selain turut dilengkapi dengan mainan kucing, bilik air dan Apple TV. Dua ekor kucing itu sudah tinggal di apartmen tersebut sejak Julai 2018.

David ditugaskan untuk menjaga makan minum haiwan itu setiap hari, manakala pemilik Tina dan Louise hanya akan jenguk mereka setiap kali cuti sekolah.

Pemilik haiwan tersebut sebenarnya merupakan anak kepada rakan David yang baru berusia 18 tahun dan masih lagi bersekolah, lapor portal OddityCentral.

Khabar tentang dua ekor kucing yang tinggal di salah satu apartmen studio termahal dalam pasaran Amerika Syarikat sempat mencetuskan kontroversi melalui media sosial.

Ramai akur bahawa sebilangan penduduk benar-benar menyayangi haiwan. Namun, mereka mempertikaikan tentang bekalan rumah yang tidak mencukupi dan dimampui bagi penduduk tempatan.

“Cerita ini cuit hati, tetapi ia menarik perhatian kepada isu ketidaksamarataan yang wujud dalam masyarakat ini,” kata Jennifer Loving, Ketua Pegawai Eksekutif sebuah badan yang bantu isu penduduk tiada kediaman.

“Beribu-ribu orang hidup di jalanan, tetapi ada juga yang mampu membayar harga begitu tinggi untuk tempat tinggal dua ekor kucing,” tambah wanita itu kepada OddityCentral. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: kucing
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

Mengapa Zalim Buang Kucing Bunting?

25/12/2025
0

Kalau benar kucing ini dibuang oleh manusia, tolong dengar baik-baik. Kucing ini jinak, bersih, dan jelas pernah hidup indoor. Lebih...

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

Warga Nepal Liwat, Campak Kucing Ditahan Reman – Polis

16/11/2025
0

SHAH ALAM: Polis menahan seorang lelaki warga Nepal yang disyaki meliwat dan mencampak seekor kucing dari aras empat sebuah pangsapuri...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd