• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 27, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Isu Tanah: 2 Anak Jins Shamsuddin Saman Adik Sendiri

oleh
27/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

DUA anak kepada pelakon legenda, Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin menfailkan saman terhadap waris bapa mereka atas dakwaan pemalsuan surat kuasa pemindahan hak milik melibatkan sebidang tanah bernilai RM2.75 juta yang terletak di Ulu Kelang kira-kira empat tahun lalu.

Saman itu difailkan Jeffrey sebagai plaintif pertama dan Hang Tuah@Shazrin sebagai plaintif kedua terhadap tiga defendan menerusi tetuan Baharuddin Iskandar di Mahkamah Tinggi Shah Alam di Selangor pada 3 Januari lalu.

Tetuan Baharuddin Iskandar menamakan anak ketiga Jins, Putera Hang Jebat, 32; peguam, Rosal Azimin Ahmad dan pembeli Barakatul Kamaria Ahmad masing-masing sebagai defendan pertama, kedua dan ketiga.

Mengikut fakta kes, kesemua defendan didakwa terlibat pemalsuan surat dokumen hak milik sebidang tanah seluas 0.26 hektar yang terletak di GM63 Lot 1045, Batu 7 1/2, Kampong Pasir di Ulu Kelang milik Jins pada tahun 2015.

Hang Jebat didakwa telah memalsukan dokumen surat kuasa tanah berkenaan sehingga membolehkan tanah itu dijual kepada defendan ketiga kira-kira empat tahun lalu.

Kes dikendalikan Peguam, Mohd. Iskandar Ismail dan Nur Syahirah Mohd. Sani mewakili plaintif. Pihak mahkamah menetapkan pengurusan kes pada 7 Februari depan.

Dalam tuntutan saman berkenaan, plaintif telah memohon kepada mahkamah untuk deklarasi pembatalan surat kuasa wakil terbatal dan diklasifikasikan sebagai tidak sah.

Dalam saman yang sama, plaintif turut mendakwa pindahmilik hartanah tersebut terhadap defendan ketiga sebagai tidak sah dan memohon ganti rugi sewajarnya mengikut ketetapan mahkamah.

Plaintif berpendapat sebagai waris kepada Jins, mereka berhak mendapatkan pampasan berdasarkan harga terkini pasaran hartanah berkenaan.

Peguam, Mohd. Iskandar berkata, anak guamnya, Hang Tuah terpaksa membawa kes berkenaan ke mahkamah selepas gagal mendapat kerjasama daripada kesemua defendan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Jins Shamsuddin
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pengasas Budu Terkenal Cap Ketereh Meninggal

Next Post

Rezeki Nasi Lemak Lima Sudu Di Pasar Malam Cina

Related Posts

Filem J Revolusi Inspirasi Watak Jins Shamsuddin

02/03/2017
0

WATAK Jefri Zain lakonan Allahyarham Tan Sri Jins Shamsuddin yang memegang peranan sebagai ejen perisik pernah menjadi kegilaan anak muda...

“Saya Rasa Terkilan Beri Arwah Makan Cekodok”

02/03/2017
0

PEMERGIAN seniman legenda Tan Sri Jins Shamsuddin ke rahmatullah sememangnya merupakan satu kehilangan besar dalam industri hiburan tanah air. Jins pergi...

Next Post

Rezeki Nasi Lemak Lima Sudu Di Pasar Malam Cina

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd