• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jualan Motor Kapcai Naik Sebab Kos Sara Hidup Tinggi

oleh
27/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

JANGKAAN… Boon Siew Honda Sdn. Bhd. tidak menolak kemungkinan jualan motosikal murah atau kapcai meningkat berikutan kenaikan kos sara hidup dalam kalangan rakyat di negara ini.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Boon Siew Honda, Keiichi Yasuda berkata, situasi semasa sedemikian menjadi faktor pengguna akan memilih motosikal mampu milik sebagai pengangkutan harian.

Bagaimanapun jelas beliau, trend tersebut tidak bermakna segmen motosikal berkuasa lebih tinggi pula tidak menunjukkan petanda positif.

“Pemantauan kami mendapati wujud trend pengguna di negara ini beralih daripada motosikal berkuasa rendah kepada yang lebih tinggi.

“Justeru, kami kini beri fokus kepada motosikal berkuasa 150 cc dan ke atas pada tahun ini. Pada masa sama kami terus mahu mengekalkan prestasi baik jualan segmen motosikal mampu milik,” katanya.

Yasuda ditemui media dalam majlis pengumuman lima strategi utama Boon Siew Honda bagi tahun ini di Shah Alam, Selangor, semalam. Turut hadir ialah pengurusan tertinggi Boon Siew Honda.

Mereka termasuk Pengerusinya, Datuk Seri Tan Hui Jing; Ketua Pegawai Jualan, Voon Yin Kong; Ketua Pegawai Pemasaran dan Perancangan, Yoshitaka Nakamura serta Ketua Pegawai Pentadbiran, Jeremy Loo.

Terdahulu dalam ucapannya, Keiichi menjelaskan, tahun lalu, jualan Boon Siew Honda meningkat sebanyak 28.7 peratus berbanding 121,000 unit berjaya dijual pada 2017.

“Boon Siew Honda merekodkan prestasi jualan cemerlang di mana kira-kira 156,000 unit dijual pada 2018,” ujar Yasuda. Dalam majlis itu juga, beliau memperkenalkan tiga model baharu.

Ia dikenali sebagai Super Cub C125, CB1100 RS dan CBR1000RR Fireblade SP masing-masing dijual pada harga RM13,999, RM75,999 dan RM114,999.

Ketiga-tiga model berkenaan bakal berada dalam pasaran tempatan pada minggu depan. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: kapcaimotosikal
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

‘Ini Kali Ke 4 Saya Disaman Bawa Motosikal Tanpa Lesen, Terpaksa Kerja Lepas Balik Sekolah Cari Duit Bayar Saman’ – Pelajar Tingkatan Empat

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: "Ini kali keempat saya disaman atas kesalahan sama. Pada tahun lalu, tiga kali saya disaman kerana tiada lesen...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd