• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Empat Terkorban Serangan Bom Di Syria

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAMSYIK – Empat orang terkorban hari ini selepas pengebom berani mati yang memandu ambulans menyerang sebuah hospital dalam perang saudara yang merebak ke kampung halaman Assad buat kali pertama.

Serangan itu berlaku pada ketika Pertubuhan Syrian Observatory for Human Rights melaporkan bahawa tentera menghukum mati 48 orang termasuk 10 kanak-kanak awal minggu ini di sebuah perkampungan di utara.

“Seorang lelaki yang memandu ambulans sarat dengan bahan letupan memasuki kawasan letak kereta di hospital Qardaha. Seorang lagi lelaki dalam ambulans itu tapi tidak dapat dipastikan sama ada dia turut terbabit atau seorang tebusan.

“Empat orang maut dalam serangan itu,” kata Pengarah pertubuhan berkenaan, Rami Abdel Rahman.

Terdahulu, televisyen milik kerajaan melaporkan letupan berkenaan tetapi tidak memberikan butiran terperinci mengenai serangan itu.

Serangan itu adalah yang pertama melanda bandar sebelah barat negara itu sejak perang saudara meletus pada 2001 menyebabkan seorang jururawat, pekerja hospital dan dua askar terkorban.

Pinggir bandar Qardaha pernah diserang dengan roket manakala wilayah Latakia pernah menyaksikan beberapa pertempuran dahsyat.

Sebuah makam menempatkan kubur bapa Presiden Bashar al-Assad, Hafez dan abangnya, Bassil, terletak di Qardaha. – AFP

Tags: Bom
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

Tentera Korea Selatan Tersilap Jatuhkan Bom, Orang Awam Cedera

06/03/2025
1

SEOUL: Sekurang-kurangnya 15 orang awam cedera pada Khamis selepas sebuah Jet pejuang Korea Selatan secara tidak sengaja menggugurkan 8 bom...

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

Trump Sahkan Bom 907.2kg Dalam Perjalanan Ke Israel

26/01/2025
0

ISTANBUL - Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump mengesahkan pada Sabtu bahawa "banyak perkara yang telah ditempah dan dibayar oleh...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd