• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AirAsia Fail Tuntutan Balas RM400 Juta Terhadap MAHB

oleh
24/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEPANG – AirAsia Bhd. memfailkan tuntutan balas lebih RM400 juta terhadap Malaysia Airports Holdings Bhd. (MAHB) sebagai respons kepada saman yang difailkan oleh pengendali lapangan terbang itu pada bulan lepas mengenai cukai lapangan terbang.

Syarikat penerbangan itu berkata, tuntutan balas tersebut bagi kerugian dan kerosakan yang dialami oleh AirAsia dan syarikat penerbangan jarak jauhnya, AirAsia X Bhd. disebabkan gangguan operasi di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 2 (KLIA2).

“Gangguan itu termasuk saluran paip minyak yang bocor, yang menghalang operasi di Pier P selama lebih sebulan di klia2 dari 11 Oktober hingga 22 November 2016 dan penutupan di Landasan 3 beberapa kali pada tahun lepas.

“Kerugian ditanggung disebabkan keperluan untuk menunda pesawat tambahan dan kos bahan api, penangguhan, tenaga kerja yang terlibat, pembatalan penerbangan yang menyebabkan kehilangan pendapatan dan kos ‘taxi’,” katanya.

Bulan lepas, anak syarikat MAHB, Malaysia Airports (Sepang) Sdn. Bhd., menyaman AirAsia Bhd. dan AirAsia X, masing-masing sebanyak RM9.40 juta dan RM26.72 juta, atas dakwaan tunggakan caj perkhidmatan penumpang (PSC).

PSC, yang dibayar oleh penumpang, dikutip oleh syarikat penerbangan semasa pembelian tiket. Ia kemudiannya diserahkan kepada MAHB selepas selesai penerbangan.

AirAsia berkata, bersama-sama dengan AirAsia X, ia telah memfailkan permohonan untuk membatalkan saman MAHB atas alasan bahawa ia salah faham dan pramatang berikutan MAHB tidak mematuhi peruntukan undang-undang untuk penyelesaian pertikaian dalam Akta Suruhanjaya Penerbangan Malaysia 2015 (Akta Mavcom).

Menurut AirAsia, Seksyen 74 hingga 78 Akta Mavcom menyatakan MAHB dan pengendali syarikat penerbangan mempunyai kewajipan untuk melakukan pengantaraan sebarang pertikaian mengenai apa-apa perkara di bawah akta itu, dan tindakan undang-undang hanya digunakan sebagai langkah terakhir selepas usaha penyelesaian pertikaian dan pengantaraan gagal. – BERNAMA

Tags: AirAsiaMAHB
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

Daftar Masuk Dalam Talian AirAsia Pulih – Timbalan CEO Kumpulan

20/07/2024
2

KUALA LUMPUR - AirAsia telah menyambung semula operasi daftar masuk secara dalam talian pada jam 2 petang tadi, selepas syarikat...

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

Penjelasan Jualan Saham MAHB Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

25/06/2024
1

Kuala Lumpur : Penjelasan mengenai penjualan saham Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB) kepada Global Infrastructure Partners (GIP) antara perkara yang...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd