• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Peniaga Buat Tuntutan Palsu Bayaran Balik GST

oleh
26/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JABATAN Kastam Diraja Malaysia (JKDM) mendapati segelintir peniaga mengambil kesempatan dengan membuat tuntutan palsu bayaran balik Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST).

Pengarah Operasi, Bahagian Cukai Dalam Negeri Zon Tengah, JKDM Datuk Ahmad Maher Abd Jalil berkata kebanyakan peniaga yang terlibat dalam aktiviti ini adalah syarikat yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia.

”Mereka (peniaga) ini akan menghantar penyata (palsu) kepada pihak kastam bagi membolehkan bayaran balik GST dibuat kepada mereka.

“Kami akan kesan pemilik syarikat serta dalang yang terlibat dalam (kegiatan ini),” katanya kepada pemberita ketika menjadi tetamu program Ruang Bicara terbitan Bernama News Channel malam tadi.

Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya kini lebih berhati-hati dalam melaksanakan proses bayaran balik cukai GST kepada peniaga.

“Pihak kami telah laksanakan dua ketetapan iaitu mengadakan lawatan ke syarikat yang membuat tuntutan bagi memastikan syarikat itu wujud.

“Selain itu, bagi tuntutan yang jumlahnya besar iaitu jutaan ringgit, syarikat mereka akan diaudit terlebih dahulu,” katanya.

Ahmad Maher berkata ketetapan baharu yang lebih ketat berhubung proses bayaran balik GST ini dibuat bagi mengelak ketirisan.

Dalam pada itu, beliau berkata fokus utama JKDM pada tahun ini adalah membanteras kegiatan penyeludupan rokok dan minuman keras.

“Pelaksanaan hukuman lebih tinggi terhadap penyeludup rokok diharap dapat memberi kesedaran kepada penjual atau penyeludup untuk tidak melakukan aktiviti itu lagi,” katanya. – BERNAMA

Tags: cukai GSTKastampeniaga
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

Peniaga Bimbang Kos Meningkat, Pendapatan Tidak Naik – Shafie Apdal

06/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan kos sara hidup yang tidak seiring...

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

Kastam Jumpa 6 Kontena Minuman Keras Seludup

27/11/2025
0

Kuala Lumpur: Enam kontena yang mengandungi minuman keras disyaki diseludup ditemui ketika serbuan Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) terhadap sebuah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd