• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, April 26, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Telesidang Bersama Sirul Azhar Tetap Diadakan Esok

oleh AK-47
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SESI telesidang media yang dikatakan akan diadakan oleh bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK) Sirul Azhar Umar akan tetap diadakan esok walaupun dilaporkan Imigresen Australia masih belum memberikan kelulusan.

Perkara itu dimaklumkan oleh PAS Datuk Mahfuz Omar yang berkata ia akan tetap berlangsung untuk semua media pukul 11.30 pagi di Ibu Pejabat PAS di Jalan Raja Laut di ibu negara.

Sirul Azhar ketika ditanya berkenaan kelulusan dari pihak berkuasa pusat tahanan memaklumkan beliau tidak tahu menahu mengenainya, menurut laporan The Malaysian Insider (TMI).

BACA – Sirul Azhar Di Luar Negara, Gagal Hadir Di Mahkamah

Mahfuz berkata wartawan hanya dibenarkan bertanya beberapa soalan sahaja kepada Sirul Azhar dalam telesidang itu nanti.

“Saya tidak tahu butirannya… Saya bukan bertujuan untuk dia bercakap atau buat sesuatu. Saya pun tidak tahu. Saya hanya hendak bagi peluang kepada media.

“Kalau sebelum ini,  hanya Malaysiakini saja mendapat akses berkomunikasi dengannya, sekarang saya hendak beri supaya dia boleh bercakap dengan semua media, walaupun sekadar mengulangi apa yang disampaikan kepada Malaysiakini,” katanya.

PAS, pada Jumaat lepas mengumumkan akan mengadakan satu sesi telesidang selama 15 minit bersama bekas anggota UTK itu yang kini ditahan di Australia atas kesalahan Imigresen.

Dia bersama seorang lagi anggota UTK Azilah Hadri telah dijatuhi hukuman gantung sampai mati atas tuduhan membunuh wanita Mongolia Altantuya Sharibuu.

Sirul Azhar kini berada di pusat tahanan Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan di Sydney, selepas ditangkap di Queensland pada 20 Januari lepas.

Ia berikutan notis amaran merah yang dikeluarkan Polis Antarabangsa INTERPOL.

Panel lima hakim Mahkamah Persekutuan pada 13 Januari lalu menghukum Sirul dan rakan setugasnya bekas Ketua Inspektor Azilah Hadri ke tali gantung kerana membunuh Altantuya, membatalkan keputusan Mahkamah Rayuan pada 2013.

– MYNEWSHUB.CC

Hukuman Gantung Sirul Azhar Dan Azilah Hadri Kekal

http://youtu.be/7xaGL-5iNIo

Tags: Altantuya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

Keluarga Altantuya Mohon Perintah Isytihar Razak Baginda Muflis

29/08/2024
0

Keluarga mangsa pembunuhan Altantuya Shaariibuu memfailkan permohonan supaya mahkamah mengisytiharkan Abdul Razak Baginda sebagai muflis selepas dia gagal membayar RM9.2...

Sirul Boleh Diekstradisi Jika Tiada Hukuman Mati

20/02/2019
0

KUALA LUMPUR - Sirul Azhar Umar, yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi hukuman mati dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd