• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Penolong Pengarah Universiti Awam Direman 7 Hari

oleh
23/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG penolong pengarah Jabatan Komunikasi Korporat di sebuah universiti awam di Selangor direman selama tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes meminta suapan bernilai lebih RM30,000, empat tahun lepas.

Majistret Shazali Hidayat Shariff mengeluarkan perintah tahanan reman itu bagi membolehkan lelaki berusia 42 tahun terbabit disiasat mengikut Seksyen 17 (a) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Turut ditahan reman untuk tempoh yang sama ialah seorang pembantu tadbir kanan di universiti berkenaan berusia 47 tahun.

Terdahulu, kedua-dua suspek yang memakai pakaian lokap SPRM berwarna oren tiba di Mahkamah Majistret di Shah Alam, kira-kira pukul 11 pagi.

Menurut sumber, kedua-dua lelaki itu ditahan pada pukul 10.45 malam tadi selepas hadir memberi keterangan di Pejabat SPRM Selangor di sini.

Siasatan awal mendapati kedua-dua suspek bersubahat menerima suapan lebih RM30,000 daripada seorang pemilik syarikat pengiklanan sebagai balasan memilih dan mengesyor syarikat tersebut bagi kerja-kerja pembekalan dan percetakan di universiti berkenaan. – BERNAMA

Tags: rasuahSPRMUniversiti Awam
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

“Demokrasi Sudah Berubah Menjadi Macam Satu Agama” – Siti Kasim

13/07/2026
0

KUALA LUMPUR - Peguam dan aktivis, Siti Kasim mendakwa keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor semalam menunjukkan bahawa mentaliti pengundi...

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

BB1M Bukan Lagi Dedak Selepas Jadi Baucar Buku Madani – Ka Siong

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan rasa gembira Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak lagi dilabelkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd