• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pesawat Dinaiki Bintang Baharu Cardiff City Terhempas

oleh
23/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

LONDON – Cardiff City menerima kejutan apabila pemain mereka, Emiliano Sala gagal dikesan, ketika pesawat ringan yang dinaikinya hilang daripada radar ketika melintas Terusan Inggeris, malam tadi.

Setakat ini, kelab itu memaklumkan kepada SkyNews, mereka sedang menunggu pengesahan mengenai perkara berkenaan.

Pusat Kawalan Trafik Udara mengesahkan pesawat itu berlepas dari Nantes di barat Perancis menuju ke Cardiff.

Wartawan Ouest France yang memuat naik laporan menerusi laman sosial Twetter melaporkan, Sala berada di dalam pesawat berkenaan, namun setakat ini tiada sebarang pengesahan.

Situasi itu menimbulkan kebimbangan apabila pemain berusia 28 tahun berkenaan tidak memberikan sebarang maklum balas melalui media sosial.

Pemain Argentina ini merekodkan sejarah kelab apabila dibeli dengan rekod perpindahan 15 juta pound (RM80 juta) untuk kontrak selama tiga setengah tahun dari Nantes, ketika jendela perpindahan pemain pada Januari.

Difahamkan, dia berlepas ke United Kingdom (UK), semalam.

Berdasarkan status terakhir di media sosial, Sala berkongsi gambarnya bersama bekas rakan sepasukan dan menulis “Ciao” bersama emoji hati.

Bot penyelamat Alderney digerakkan pada jam 8.05 malam tadi untuk meninjau kedudukan pesawat Piper Malibu di kawasan utara Alderney.

Pada masa sama, bot penyelamay Guernsey serta dua helikopter turut membantu dalam gerakan mencari dan menyelamat.

Berdasarkan kenyataan polis Guernsey; “Pengawal Pantai Guernsey menerima laporan kecemasan pada jam 20:23 daripada Jersey ATC yang memaklumkan sebuah pesawat hilang daripada radar kira-kira 15 batu nautika dari Guernsey.

“Sebuah pesawat ringan, PA 46 Malibu, berada di laluan dari Nantes, Perancis menuju ke Cardiff, di Wales dengan dua individu di dalamnya. Pesawat hilang daripada radar ketika Jersey ATC cuba menghubungi mereka.” – Agensi

Tags: Cardiff CityPesawat Terhempas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

Pesawat Air India Bawa Lebih 200 Penumpang Terhempas

12/06/2025
0

NEW DELHI - Sebuah pesawat milik Air India yang membawa lebih 200 penumpang dilaporkan terhempas berhampiran lapangan terbang di bandar...

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

Pesawat Terhempas Di Brazil, 61 Terbunuh

10/08/2024
0

SAO PAULO : Sekurang-kurangnya 61 orang terkorban selepas sebuah pesawat turboprop terhempas berhampiran Sao Paulo, Brazil, semalam. IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd