• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Mahu Keadilan Untuk Pemandu SUV

oleh
23/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KELUARGA Moey Yun Peng yang maut selepas kenderaan utiliti sukan (SUV) dipandunya terhumban ke dalam laut, Ahad lepas, memohon pihak berkuasa menyiasat kejadian itu secara menyeluruh bagi memberi keadilan kepada mangsa.

Abang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Dennis berkata keluarganya menerima apa yang berlaku terhadap adiknya, Moey, 20, sambil berharap orang ramai tidak menyebarkan spekulasi mengenai kejadian itu agar tidak mengganggu siasatan.

“Kami serahkan kepada polis untuk menyiasat punca kejadian dan memohon diberikan ruang dan masa untuk bertenang,” katanya ketika ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Seberang Jaya untuk menuntut mayat Moey, malam tadi.

Beliau berkata upacara pengebumian mendiang akan diadakan di Tanah Perkuburan Cina Berapit pada Khamis ini.

SUV jenis Mazda CX-5 yang dipandu Moey, seorang penuntut kolej swasta, dilaporkan hilang kawalan selepas berlanggar dengan sebuah kereta lain jenis Toyota Vios sebelum terhumban ke laut dari Kilometer 4, Jambatan Pulau Pinang pada 2.54 pagi, Ahad lepas.

Usaha untuk mengeluarkan kenderaan dan mayat Moey dari dasar laut, mengambil masa lebih 24 jam sebelum berjaya dikeluarkan petang tadi.

Mayat mangsa yang masih berada di tempat duduk pemandu kenderaan dengan tali pinggang keledarnya masih terpasang, ditemukan dalam SUV yang remuk itu semasa ditarik keluar dari laut pada 6.07 petang. – BERNAMA

Tags: Jambatan Pulau Pinangkemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd