• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ringgit Menyusut Berikutan Harga Minyak Global Turun

oleh
23/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RINGGIT menyusut berbanding dolar AS pada sesi dagangan awal hari ini berikutan sentimen belian bagi mata wang tempatan terjejas oleh penurunan harga minyak global.

Pada 9.06 pagi, ringgit pada paras 4.1340/1390 berbanding dolar AS daripada paras 4.1300/1350 semasa urus niaga ditutup semalam.

Seorang peniaga berkata harga minyak global terus mencatatkan penurunan berikutan kebimbangan dengan kelembapan ekonomi yang dijangka menjejaskan pertumbuhan permintaan terhadap bahan bakar itu, dengan itu memberi kesan terhadap harga tenaga.

“Harga minyak lebih rendah dianggap negatif kepada ringgit kerana ia akan menjejaskan perolehan minyak dan gas negara,” katanya dan menurutnya pada 8.24 pagi, niaga hadapan minyak mentah West Texas Intermediate Amerika Syarikat turun 0.5 peratus kepada US$52.74 setong.

Sementara itu, ringgit juga diniagakan lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.

Ia turun berbanding dolar Singapura kepada 3.0381/0429 daripada 3.0332/0389 dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.7757/7806 daripada 3.7724/7780 semalam.

Ringgit juga lebih rendah berbanding pound British pada 5.3548/3629 daripada 5.3335/3404 semasa ditutup semalam dan menyusut berbanding euro kepada 4.6962/7027 daripada 4.6917/6982. – BERNAMA

Tags: Ringgit Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

Ringgit Terus Melonjak Untuk Ditutup Pada Paras RM3.91 Sedolar Hari Ini

28/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit terus melonjak bagi hari ketiga berturut-turut, ditutup pada paras 3.9175 berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Rabu...

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

Ringgit Dijangka Terus Meningkat, Sasar Ke Bawah 4.00 Sedolar Minggu Hadapan

25/01/2026
0

KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka diniagakan lebih tinggi susulan sentimen pelabur yang kekal optimis terhadap mata wang tempatan, dengan sasaran untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd