• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Buruh Binaan Maut Dihempap Besi, Simen Basah

oleh
23/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pekerja warga Bangladesh maut akibat terperangkap di bawah runtuhan lantai bangunan yang sedang dalam proses pembinaan di Taman Teknologi Subang Hitech, dekat Petaling Jaya petang semalam.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Mohamad Azlin Sadari berkata dalam kejadian kira-kira jam 4.44 petang itu, mangsa berusia 43 tahun tiba-tiba terjatuh selepas selesai melakukan kerja pembinaan di kawasan berkenaan.

“Mangsa terperangkap di bawah timbunan besi perancah dan bancuhan simen,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian.

Sementara itu, Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Nurizham Mohd Nudin berkata tujuh pegawai serta anggota bersama sebuah jentera dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikerahkan ke lokasi kejadian sebaik menerima panggilan mengenai kejadian.

“Mangsa yang dikenali sebagai Kassim terjatuh dari ketinggian 14 meter itu ditemui, pada 5.42 petang dan berjaya dikeluarkan pada 9.40 malam,” katanya sambil menambah bahawa struktur bangunan yang masih belum kukuh dipercayai sebagai punca kejadian.

Norizham berkata pihaknya turut menggerakkan Pasukan Khas Taktikal Operasi dan Penyelamat (STORM) ke lokasi kejadian bagi mengeluarkan mayat mangsa yang terperangkap akibat dihempap besi perancah.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk bedah siasat. – BERNAMA

Tags: Buruh Binaankemalangan maut
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

Tragedi Simpang Renggam Bukan Isu Kaum – Harith Iskander

03/06/2026
0

KUALA LUMPUR – Pelawak dan pengacara terkenal, Harith Iskander menggesa masyarakat supaya tidak mempolitikkan tragedi kemalangan maut di Simpang Renggam...

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd