• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tunku Azizah Dilantik Tengku Ampuan Pahang

oleh
22/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PEKAN – Tengku Puan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dilantik menjadi Tengku Ampuan Pahang.

Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah Ibni Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah bertitah perkara itu diputuskan baginda dalam mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang yang diadakan di Pejabat Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) di sini hari ini.

Mesyuarat juga dimaklumkan tentang hasrat baginda melantik Tengku Panglima Besar Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah dilantik menjadi Tengku Mahkota Pahang yang baharu.

“Istiadat pemasyhuran akan diadakan pada 29 Januari ini di Balairung Seri Istana Abu Bakar Pekan,” titah baginda ketika berkenan menemui media selepas mempengerusikan Mesyuarat Jumaah Pangkuan Diraja Pahang.

Turut hadir Tengku Arif Temenggong Pahang, Tengku Fahd Mu’adzam Shah Sultan Haji Ahmad Shah Al-Musta’in Billah dan Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Menurut baginda, gelaran Tengku Ampuan Pahang dan Tengku Mahkota itu seelok-eloknya digunakan selepas istiadat pemasyhuran nanti.

“Tengku Hassanal akan pulang (pada 28 Januari), dan akan dimasyhurkan, kembali semula ke UK dan tamat pengajian hingga hujung tahun ini,” titah baginda.

Manakala jawatan Tengku Panglima Besar yang disandang oleh Tengku Hassanal sebelum ini, Al-Sultan Abdullah bertitah jawatan itu akan dikosongkan sementara dan baginda akan mengenal pasti calon yang sesuai nanti.

Apabila ditanya pemberita tentang harapan baginda terhadap Tengku Hassanal yang akan dimasyhur menjadi Tengku Mahkota Pahang nanti, baginda bertitah: “Semua anggota keluarga dan rakyat Pahang khususnya dia (Tengku Hassanal) dapat mempamerkan satu watak yang baik dan boleh menjadi seorang pemimpin kepada rakyat negeri Pahang.

“Sama-samalah kita beri tunjuk ajar kepada orang muda ini,” titah baginda. – BERNAMA

Tags: Tengku Ampuan PahangTunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tunku Azizah Pun ‘Order’ Dari Shopee

09/07/2021
0

PETALING JAYA - Tergamam apabila melihat nama pembeli. Itulah reaksi seorang penjual dalam talian apabila menerima pesanan daripada ‘pembeli’ paling...

Bubur Lambuk Tunku Azizah Untuk Petugas Barisan Hadapan

05/05/2021
0

KUALA LUMPUR - Petugas barisan hadapan di sekitar ibu negara hari ini bertuah apabila Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd