• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Amir Raja Lawak Edar Kad Jemputan Kahwin

oleh Ahmad Albab
24/02/2015
dalam Artis
0
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA- Pelawak Amir Raja Lawak mula mengedarkan kad jemputan perkahwinannya dengan Nur Intan Syafinaz yang akan berlangsung pada 15 Mac ini di kediaman pihak perempuan di Kampung Kubu Gajah, Sungai Buloh, di sini.

Amir atau nama sebenarnya Mohammad Amirullah Azmi, 27, berkata, majlis tersebut akan diadakan secara sederhana yang dihadiri oleh keluarga dan rakan-rakan termasuklah pihak media yang dianggarkan kira-kira 500 orang tetamu.

Majlis resepsi itu akan bermula pada pukul 12 tengah hari manakala pernikahannya akan berlangsung pada 14 Mac selepas Asar di lokasi yang sama.

Bekas peserta program Raja Lawak musim ke-3 (RL3) itu berkata, persiapan untuk majlis perkahwinan sudah hampir 70 peratus siap dilakukan dan hanya tinggal beberapa perkara temasuk persiapan dulang hantaran.

jemputan kawin

“Alhamdulillah semuanya sudah hampir siap bagi saya pihak lelaki tidak banyak yang perlu disiapkan cuma dulang hantaran dan duit kenduri sahaja.

“Kami belum buat keputusan nak beri berapa dulang kerana saya dengar ibu saya ingin buat penambahan lagi,” ujarnya ketika dihubungi mStar Online, pada Sabtu.

Amir turut memberi wang hantaran sebanyak RM13,000 kepada pihak pengantin perempuan.

Amir berkata, mereka bakal mengayakan pakaian pengantin daripada butik Afeer yang turut menaja pelamin dan solekan pada majlis tersebut.

Dalam pada itu, ditanya tentang perancangannya selepas mendirikan rumah tangga, Amir berkata, dia akan memberi perhatian terhadap bisnes roti bakar yang dibuka di Sungai Pusu, Gombak sejak sebulan lalu.

“Selepas berumah tangga tanggungjawab juga lebih besar selepas ini dan saya perlu cari sumber pendapatan sampingan supaya kehidupan lebih selesa.

“Saya ada membuka gerai roti bakar di Gombak dan saya rancang untuk buat secara serius supaya boleh menjadi sumber pendapatan sampingan kepada keluarga nanti,” ujarnya.

Pasangan ini mengikat tali pertunangan pada 13 Jun 2014.

Sementara itu, majlis persandingan bagi pihak lelaki akan diadakan pada 2 April depan. – mStar Online

Tags: Artis Kahwin
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Tasha Shilla Sah Milik Muhammad Atiq

28/02/2020
0

PELAKON Tasha Shilla, 33, sah bergelar isteri kepada lelaki pilihannya yang juga pakar kewangan, Muhammad Atiq Idris, 33, dengan sekali...

Aiman, Zahirah Sah Bergelar Suami Isteri

21/02/2020
0

KUALA LUMPUR - Pelakon Aiman Hakim Ridza, 31 dan Zahirah Macwilson, 25, memilih tarikh 20.02.2020 untuk melangsungkan pernikahan mereka. Pasangan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd