• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Operasi SAR Di Jambatan Pulau Pinang Diteruskan

oleh
21/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

OPERASI mencari dan menyelamat (SAR) sebuah kereta bersama pemandunya yang terhumban ke dalam laut selepas terlibat dalam kemalangan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang, awal pagi Ahad disambung semula pukul 7 pagi, Isnin.

Komander Pasukan Polis Marin Wilayah 1, ACP Rosman Ismail berkata operasi SAR yang ditamatkan kira-kira pukul 7 petang Ahad dan bermula pagi Isnin dengan kekuatan kira-kira 30 pegawai dan anggota Pasukan Polis Marin dengan kerjasama anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang.

“Selain itu, Agensi Penguatkuasa Maritim Malaysia (APMM) turut terlibat dalam operasi hari ini dan sebanyak lima buah bot masing-masing dua dari Polis Marin dan JBPM serta sebuah dari APMM,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, operasi SAR hari ini diperluaskan di kawasan 40 meter persegi radius berbanding 25 meter persegi radius semalam bagi mencari kereta jenis utiliti sukan Mazda CX-5 yang terhumban itu.

“Selain itu, empat anggota pasukan penyelam Polis Marin turut menyelam bagi mencari kereta dan pemandunya,” katanya.

Rosman berkata operasi SAR dihentikan pada pukul 7 petang Ahad berikutan keadaan cuaca yang semakin gelap sebelum disambung semula pagi ini.

“Kami harap operasi SAR hari ini berjalan lancar dan dapat menemui kereta berkenaan,” katanya.

Dalam kemalangan pukul 2.54 pagi itu, sebuah kereta terhumban ke dalam laut selepas terlibat kemalangan dengan sebuah kenderaan di Kilometer 4.0 Jambatan Pulau Pinang menghala Perai, dekat sini awal pagi Ahad.

Pemandu kereta yang terhumban ke dalam laut itu adalah seorang lelaki dikenali sebagai Moey Yun Peng berusia 20 tahun dan merupakan pelajar sebuah kolej swasta. – BERNAMA

Tags: Jambatan Pulau Pinangkemalangan mautoperasi SAR
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd