• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

V Shem-Wee Kiong Gagal Buru Gelaran Kedua Profesional

oleh
20/01/2019
dalam Sukan, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong gagal dalam misi memburu gelaran kedua sebagai pemain profesional selepas Thailand Masters minggu lalu apabila tewas dalam aksi separuh akhir Malaysia Masters di Axiata Arena, Bukit Jalil, di sini, pada Sabtu.

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu terpaksa akur apabila tewas di tangan beregu nombor satu dunia, Marcus Fernaldi Gideon-Kevin Sanjaya Sukamuljo dari Indonesia, 18-21, 22-24, dalam pertarungan 37 minit itu.

Bekas pasangan nombor satu dunia itu mengambil keputusan untuk bergelar profesional selepas meninggalkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada 5 Jan lalu.

Dalam pada itu, Wee Kiong menyifatkan gandingan Indonesia itu mempunyai kelebihan dalam aspek ketangkasan selain mempunyai taktikal permainan baik yang sukar diatasi.

“Dalam perlawanan pantas, mereka menampilkan aksi yang baik serta teknik pukulan agak mengelirukan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau mengakui mereka boleh menunjukkan prestasi yang lebih baik pada saingan tersebut jika tidak melakukan banyak kesilapan.

Dalam pada itu, beregu lelaki negara,Teo Ee Yi-Ong Yew Sin bakal berdepan laluan getir bertemu dengan pasangan Indonesia itu di pentas final esok.

Ee Yi-Yew Sin melangkah ke final apabila terpaksa berhempas pulas selama 44 minit sebelum menewaskan beregu senegara, Aaron Chia-Soh Wooi Yik, 21-6, 18-21, 21-19 dalam satu lagi perlawanan separuh akhir.

Yew Sin, bagaimanapun, mengakui lawan dari Indonesia itu adalah gandingan yang cukup mantap namun akan memberikan tentangan yang sengit bagi melakukan kejutan sebagai pemain bukan pilihan.

“Bagi saya peluang sama rata, kami akan bermain habis-habisan,” katanya.

Dalam pada itu, pemenang emas Sukan Olimpik Rio 2016, Chen Long dari China mengambil masa 49 minit untuk menempah slot final dalam acara perseorangan lelaki apabila menundukkan pemain Denmark, Viktor Axelsen pada saingan separuh akhir.

Chen Long merakamkan kemenangan ke-12 ke atas pemain Denmark itu dalam14 pertemuan dengan kemenangan straight set 21-13, 21-18.

Chen Long, pemain ranking keempat dunia, akan berdepan dengan pemain Korea Selatan, Son Wan Ho pada final.

Pemain Korea itu mendapat laluan percuma ke pentas final apabila pemain profesional negara, Liew Daren menarik diri akibat kecederaan tapak kaki kiri sebelum perlawanan separuh akhir.

Sebagai rekod, Chen Long memenangi 11 daripada 14 pertemuan dengan Son sebelum ini. – BERNAMA

Tags: badmintonBereguGoh V Shem-Tan Wee Kiong
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

Zii Jia Sertai Skuad Negara Ke Piala Thomas 2024

12/04/2024
1

PERSOALAN mengenai penyertaan pemain profesional negara, Lee Zii Jia dalam skuad Piala Thomas 2024 terjawab hari ini apabila namanya diumumkan...

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

Piala Sudirman: Malaysia Singkir Denmark Untuk Ke Separuh Akhir

19/05/2023
0

KUALA LUMPUR – Skuad badminton kebangsaan mencapai sasaran mara ke separuh akhir pada saingan Piala Sudirman 2023 di Suzhou, China...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd