• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, June 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Jamuan Makan Dan Tari Tradisi Fraterniti Peguam

oleh
20/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Majlis jamuan malam dan tari menari adalah sebahagian daripada tradisi fraterniti perundangan di negara ini walaupun ia kelihatan agak kebaratan, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Mohamed Hanipa Maidin.

Jelasnya, fraterniti peguam di Malaysia mempunyai banyak tradisi yang agak unik dan hanya ada dalam profesion itu sahaja, malah kadang-kadang dilihat seperti ‘terlalu ke-Inggerisan.’

Antara tradisi berkenaan, katanya, peguam pelatih perlu melakukan kunjungan hormat ke kamar hakim apabila diterima masuk menjadi peguam manakala semasa di dalam mahkamah, para peguam akan memanggil rakan mereka ‘rakan saya yang arif’ meskipun mereka merupakan pihak lawan di dalam mahkamah.

“Program majlis makan malam dan tari menari yang ‘dipanaskan’ tak tentu fasal itu, hakikatnya adalah sebahagian daripada tradisi tersebut. Ya, saya akui ia mungkin kelihatan sedikit kebaratan dan dilihat oleh ‘pihak-pihak suci’ tidak ‘patuh syariah’.

“Tetapi, bagi saya, menyokong dan memberi ‘nyawa’ dan ‘oksigen’ suatu masa dahulu pada rejim kleptokratik juga bukanlah Islamik atau ‘patuh syariah’. Jadi, tolong berhenti berlakon!” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohamed Hanipa mengulas kontroversi yang timbul berikutan klip video tular yang menunjukkan aksi Peguam Negara, Tommy Thomas, Ketua Hakim Tan Sri Richard Malanjum dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong menari twist di pentas pada majlis makan malam Opening of Legal Year 2019 anjuran Sabah Law Society di Kota Kinabalu, Jumaat lepas.

Aksi berkenaan mendapat perhatian ramai di media sosial termasuk pihak pembangkang, antaranya Ketua Pemuda UMNO, Datuk Asyraf Wajdi Dusuki yang menyifatkan kelakuan itu sebagai memalukan institusi kehakiman dan perundangan negara kerana ia melibatkan soal integriti badan kehakiman. – BERNAMA

Tags: Hanipa MaidinPeguamRichard MalanjumTommy Thomas
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

Undang Yang Empat Negerí Sembilan Tidak Setuju Pembubaran DUN Negeri Sembilan?

05/06/2026
0

SEREMBAN - Undang Yang Empat Negerí Sembilan dan Tengku Besar Tampin membantah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Negeri Sembilan oleh...

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

Zaman Pak Lah, Najib Razak Tiada Masalah Kritik Dasar Kerajaan – Lukman Sheriff

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Mengkritik polisi dan dasar kerajaan walaupun tidak benar dan provokatif, tidak patut dijadikan kesalahan dibawah Akta Hasutan....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd