• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Polis Tahan Lelaki Tampar Doktor Enggan Beri MC

oleh
20/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEORANG pemandu lori ditahan kerana menampar seorang doktor yang enggan memberikan cuti sakit kepada isterinya dalam kejadian di Jabatan Kecemasan Hospital Pulau Pinang, di sini awal pagi ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Che Zaimani Che Awang berkata dalam kejadian kira-kira pukul satu pagi itu, isteri pemandu lori berkenaan berusia 30-an mendapatkan rawatan di Jabatan Kecemasan hospital tersebut.

“Doktor lelaki berusia 29 tahun yang merawat wanita itu tidak memberikan cuti sakit kepada pesakit berkenaan kerana keadaannya tidak teruk.

“Suami wanita itu bertindak menampar pipi kiri doktor berkenaan berikutan berang isterinya tidak diberikan cuti sakit sebelum dia melarikan diri,” katanya di sini hari ini.

Katanya susulan kejadian itu, doktor berkenaan membuat laporan polis dan pihaknya berjaya menahan lelaki berusia 38 tahun itu di Datuk Keramat, di George Town, kira-kira pukul 2.22 pagi.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki yang mempunyai dua rekod lampau itu turut positif dadah dan dia direman untuk siasatan lanjut. – BERNAMA

Tags: doktorPulau PinangTampar
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

Doktor Didakwa Bunuh Isteri Dan Anak, Ubah Mayat Anak, Lupus Kuku Palsu Isteri

16/01/2026
0

JOHOR BAHRU: Seorang doktor klinik swasta dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini atas pertuduhan membunuh isteri dan anak lelakinya, bulan...

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd