• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahathir, Macky Sall Adakan Pertemuan Di Dakar

oleh
17/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

DAKAR – Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad mengadakan pertemuan dengan Presiden Senegal, Macky Sall sejurus selepas ketibaan beliau ke negara itu untuk menghadiri satu persidangan mengenai Afrika.

Pertemuan itu berlangsung di Istana Presiden di ibu negara Senegal.

Turut hadir dalam pertemuan itu bagi pihak Malaysia ialah Timbalan Menteri Luar, Datuk Marzuki Yahya dan Duta Besar Malaysia ke Senegal, Dr Shazelina Zainul Abidin.

Sall sebelum itu menyambut ketibaan Dr. Mahathir, yang dalam rangka lawatan dua hari ke Senegal, di Lapangan Terbang Leopold Sedar Senghor.

Pemimpin Malaysia itu berada di sini untuk menghadiri Persidangan Antarabangsa mengenai Kemunculan Afrika kali ketiga (ICEA-III) yang berlangsung di Pusat Persidangan Antarabangsa Abdou Diouf di sini, dari 17 hingga 19 Januari.

Dr. Mahathir diiringi oleh isterinya, Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali.

Perdana Menteri merupakan satu-satunya ketua kerajaan luar Afrika yang mengambil bahagian dalam ICEA-III yang memberi tumpuan kepada mempromosi serta mengukuhkan peranan sektor swasta dalam pelan kemunculan Afrika.

Bertemakan ‘Kemunculan, Sektor Swasta dan Keterangkuman’, persidangan itu menyediakan peluang kepada Dr Mahathir untuk menunjukkan kejayaan perkongsian awam-swasta di Malaysia. – BERNAMA

Tags: Mahathir MohamadSenegal
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

Mahathir Bakal Tubuh Gagasan Melayu-Islam Baru

04/08/2022
0

Satu gagasan baru berteraskan agenda Melayu dan Islam yang dipimpin Dr Mahathir Mohamad bakal ditubuhkan. Ikuti Mynewshub: Telegram Pada majlis solat...

Tun M Minta Semak Semula Bajet 2022

02/11/2021
0

KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad meminta kerajaan menyemak semula Bajet 2022, belanjawan terbesar dalam sejarah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd