• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keluarga Adib Harap Prosiding Inkues Lancar, Cepat

oleh
16/01/2019
dalam Jenayah, Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KINI hampir sebulan berlalu sejak kepergian anggota bomba Muhammad Adib Mohd Kasim akibat diserang dalam rusuhan di Kuil Sri Maha Mariamman Su­bang Jaya hujung Nov tahun lepas, namun rasa rindu sang ayah dan ibu tidak pernah reda.

“Saya dan isteri (Asma Aziz, 51) sangat merinduinya dan setiap hari kami akan ke pusaranya di tanah perkuburan di Masjid As-Saadah yang terletak berdekatan rumah bagi menghadiahkan doa buat Muhammad Adib,” kata Mohd Kasim Abdul Hamid, 63.

Beliau berkata, sehingga hari ini, rumahnya di Kampung Tebengau, di sini masih dikunjungi oleh orang ramai yang ingin berkongsi kesedihan dan simpati yang menimpa anaknya itu.

Pagi semalam, Mohd Kassim dan Asma menerima kunjungan Tunku Temenggong Kedah, Tan Sri Tunku Puteri Intan Safinaz Almarhum Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah.

Baginda yang juga Pengerusi Yayasan Sultanah Bahiyah (YSB) menzahirkan rasa simpati dan turut menyampaikan sumbangan kepada keluarga itu.

Dalam pada itu, Mohd Kassim dan anggota keluarga berharap prosiding pengurusan inkues bagi menentukan punca kematian anaknya itu yang ditetapkan pada Jumaat ini (18 Jan) dapat berjalan lancar dan selesai secepat mungkin.

Ini bagi memberi keadilan kepada Allahyarham Muhammad Adib, seterusnya membawa pesalah ke muka pengadilan.

“Harapan saya dan keluarga supaya ia berjalan lancar untuk mencari keadilan, sudah tentu sepanjang insiden itu, saya sebagai ayah sangat sedih dan tersentuh, namun Alhamdulillah kami harunginya dengan sabar dan tabah,” katanya kepada pemberita di rumahnya semalam.

Peguam Cara III Datuk Mohd Hanafiah Zakaria, berkata pihak Jabatan Peguam Negara telah memfailkan dokumen kes di Pejabat Pendaftar Mahkamah Shah Alam dan mahkamah kemudiannya menetapkan tarikh berkenaan.

Prosiding inkues itu akan dijalankan di Mahkamah Koroner yang bersidang di Kompleks Mahkamah Shah Alam.

Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebelum itu telah melengkapkan kertas siasatan kematian anggota Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Subang Jaya itu dan telah diserahkan kepada pendakwa raya untuk tindakan selanjutnya.

Muhammad Adib, 24, parah selepas dipercayai diserang dan dipukul perusuh dalam kekecohan di tapak Kuil Sri Maha Mariamman, USJ 25, Subang Jaya pada 27 November.

Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Institut Jantung Negara (IJN) pada 17 Disember. – BERNAMA

Tags: BombaKuil Sri Maha MariammanMuhammad Adib
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

Bomba Terpaksa Dipanggil Bantu Hantar Lelaki 350kg Ke Hospital

31/01/2026
0

ALOR GAJAH: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Melaka membantu menghantar seorang lelaki obes seberat 350 kilogram ke Hospital Alor...

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

Tiga Daerah Dilanda Banjir Kilat, Bomba Dalam Keadaan Bersiap Sedia

03/10/2025
0

ALOR SETAR: Hujan lebat sejak jam 6 petang tadi menyebabkan beberapa kawasan di negeri ini dilanda banjir. Berdasarkan tinjauan, daerah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd