• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat NZ Mahu Keluarga Biadab Dari Britain Diusir

oleh
16/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

SEBUAH keluarga dari Britain yang sedang melancong di New Zealand menerima kecaman teruk daripada rakyat negara itu.

Bukan satu atau dua, malah hampir 10 kesalahan yang dilakukan keluarga itu ditularkan orang ramai, sejak mereka tiba.

Selain bersikap kasar terhadap petugas hotel dan restoran, penumpang yang menaiki pesawat dengan 13 ahli keluarga itu menyifatkan mereka sebagai mimpi ngeri.

Sehingga kini, 2,500 individu dari New Zealand sudah pun menandatangani petisyen untuk mengusir mereka keluar dari negara mereka.

Antara kesalahan lain yang disenaraikan ialah membuang sampah di pantai, membuat kekecohan dalam pesawat dan enggan membayar makanan di sebuah restoran dan bar.

Sampah yang tidak dibuang oleh keluarga itu di sebuah pantai.

Selain itu, mereka turut berjalan di laluan pandu lalu sebuah restoran serta merampas telefon wartawan sebelum membuang video yang merakam perbuatan mereka.

Menurut laporan, mereka sekeluarga berasal dari Liverpool.

“Setelah pesawat mendarat, mereka meninggalkan pakaian bayi mereka, saya rasa ada najis sebab bau sangat busuk,” ujar salah seorang penumpang yang menaiki pesawat dengan keluarga itu.

Dalam pada itu, keluarga berkenaan menafikan segala berita yang dilaporkan mengenai mereka.

Menerusi satu temu bual dengan Herald, mereka mengakui terkejut dengan segala dakwaan itu.

“Memang kami ada buat kecoh, tapi kami bukan orang Gypsy.

“Kami warga Britain dan diserang di pantai. Mereka rakam kami dan masukkan ke Facebook,” ujar salah seorang ahli keluarga itu.

Malah katanya, dia berasa seperti tidak dialu-alukan di negara itu. – Mirror.UK

Tags: BritainNew Zealand
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

Warga Britain Dipenjara 13 Tahun Kerana Jadi Tentera Upahan Ukraine – Pendakwa Russia

18/12/2025
0

MOSCOW: Sebuah mahkamah yang dikawal Russia di Donetsk, Ukraine, hari ini menjatuhkan hukuman penjara 13 tahun terhadap seorang warga Britain...

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

Gempa Bumi 6.2 Magnitud Landa Barat Daya New Zealand

29/04/2025
0

ISTANBUL - Gempa bumi berukuran 6.2 magnitud menggegarkan kawasan berhampiran bandar Bluff di barat daya New Zealand, lapor Anadolu Ajansi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd