• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Singapura Had Duit Syiling 20 Keping Nilai Sama

oleh
15/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KETAT… Ekoran banyak kes tular pelanggan sindir peniaga tertentu dengan bayar guna berguni-guni duit syiling, pemerintah Singapura semalammula ketat peraturan wang logam tersebut.

Media temparan melaporkan, jumlah duit syiling yang boleh digunakan bagi urusan pembayaran tunai dalam satu transaksi akan diperkemas dan diselaraskan kepada hanya 20 keping bagi setiap denominasi.

Ia diseragamkan selepas Parlimen Singapura semalam bertindak meluluskan Rang Pindaan Mata Wang. Ini bermakna sebanyak 100 keping syiling bagi kesemua lima denominasi akan dihadkan untuk setiap pembayaran.

Malahan duit syiling nilai tertinggi iaitu satu dolar turut tertakluk di bawah had terbaharu ini buat julung-julung kalinya diperkenalkan untuk elak orang ramai bayar guna ratusan keping duit syiling dalam satu masa.

Menteri Pendidikan, Ong Ye Kung, yang juga anggota lembaga Penguasa Kewangan Singapura (MAS), membentangkan bacaan kedua rang tersebut bagi pihak Tharman Shanmugaratnam.

Menurut beliau, langkah bank pusat republik itu untuk memasukkan syiling satu dolar di bawah had itu dilakukan berdasarkan dua kes pada 2014 di mana jumlah besar duit syiling digunakan untuk membuat pembayaran.

Salah satunya melibatkan kes pembayaran berjumlah hampir S$20,000 yang menggunakan duit syiling di sebuah kedai kereta, manakala satu lagi kes dilaporkan berlaku di sebuah kedai telefon bimbit di Sim Lim Square.

Ia membabitkan seorang pelanggan memberikan bayaran balik sekitar S$1,000 dengan menggunakan duit syiling akibat tidak memiliki wang tunai. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Singapura
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

Kanak-Kanak 6 Tahun Maut Dirempuh Kereta Di Chinatown, Orang Ramai Berang Sikap Pemandu

09/02/2026
0

Dia langgar orang....dia pulak nak mengamuk.... OLEH MYNEWSHUB  SINGAPURA – Seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun maut selepas dirempuh sebuah...

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

Paket Daging Babi Dihantar Ke Masjid Di Singapura, Polis Siasat Serius

26/09/2025
0

SINGAPURA – Polis Singapura kini giat menyiasat satu insiden membabitkan penghantaran bungkusan mencurigakan ke Masjid Al-Istiqamah, Serangoon North Avenue 2,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd