• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ubah Suai Sistem Audio Antara Punca Kenderaan Terbakar – Bomba

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

JOHOR BAHARU – Kegagalan fungsi pendawaian sistem audio yang diubah suai merupakan antara punca kenderaan terbakar, menurut Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Mohd Rizal Buang berkata dua lagi punca adalah apabila berlaku kemalangan dan perbuatan khianat.

Beliau berkata setakat ini, pihaknya tidak menemukan sebarang bukti bahawa kenderaan terbakar akibat tangki diisi penuh dengan bahan api.

“Kami juga tidak mendapati sebarang kes (di Johor) yang menunjukkan minyak yang penuh di dalam tangki boleh menyebabkan kenderaan terbakar secara tiba-tiba walaupun ketika cuaca panas,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini hari ini.

Mohd Rizal berkata demikian ketika diminta mengulas penyebaran mesej menerusi telefon pintar yang mendakwa kebakaran kepada kenderaan boleh berlaku jika tangki minyak diisi penuh.

Beliau berkata bagi tempoh sepanjang tahun lalu sehingga semalam, sebanyak 610 kes kenderaan terbakar dicatatkan di Johor, namun tiada satu pun daripada kes itu didapati berpunca daripada tindakan mengisi minyak sehingga penuh tangki.

Mohd Rizal berkata pengguna perlu berhati-hati ketika membuat pengubahsuaian pendawaian sistem audio dan sistem lain pada kenderaan kerana kegagalan fungsinya boleh menyebabkan percikan api, yang selalu menjadi punca kebanyakan kes kenderaan terbakar.

Beliau bagaimanapun berkata kajian terperinci melibatkan semua pihak berkaitan perlu diadakan berhubung dakwaan tangki minyak kenderaan yang diisi penuh dengan bahan api boleh menyebabkan kebakaran. – BERNAMA

Tags: BombaKenderaan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

Macam Ini Pun Ada….Jari Tersepit Butang Flush Tandas

05/05/2026
0

PETALING JAYA – Tindakan pantas anggota Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia berjaya menyelamatkan seorang wanita yang mengalami insiden jari tersepit...

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

Jimatkan Pengunaan Tenaga Dan Kenderaan, Kurangkan Permintaan Terhadap Minyak – DAP

07/04/2026
0

KUALA LUMPUR - DAP mengarahkan semua pemimpin dan wakil rakyat parti itu smembuat penerangan kepada masyarakat berhubung keseriusan krisis tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd