• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, May 19, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Perolehan Buku Teks DLP Secara Rundingan Terus

oleh
13/01/2019
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA – Kementerian Kewangan (MOF) telah memberikan kelulusan khas untuk permohonan melaksanakan perolehan buku-buku teks Program Dwibahasa (DLP) secara rundingan terus.

Kementerian itu dalam kenyataan hari ini berkata, kelulusan khas pada 18 September tahun lepas dibuat supaya keperluan pelajar-pelajar dapat dipenuhi secepat mungkin.

Katanya, kementerian sangat mementingkan kebajikan pelajar dan akan mengambil tindakan sewajarnya dalam memudah cara prosedur perolehan dan kewangan untuk memastikan kelengkapan pembelajaran dapat disediakan dengan baik.

“Sehubungan itu, proses perolehan buku-buku teks DLP PT3 telah menerima perhatian yang sepatutnya, dan MOF telah memberikan kelulusan khas untuk permohonan melaksanakan perolehan buku-buku teks tersebut secara rundingan terus pada 18 September 2018,” katanya.

Katanya, Kementerian Kewangan sentiasa mempertimbangkan permohonan dari mana-mana kementerian atau agensi yang mempunyai keperluan untuk melaksanakan perolehan secara rundingan terus bagi memenuhi sesuatu keperluan yang kritikal dan mendesak terutama sekali untuk perkara yang melibatkan kepentingan dan kebajikan rakyat.

Rabu lepas, Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan menyebut pembekalan buku teks DLP untuk semua sekolah yang menawarkan mata pelajaran ‘Mathematic Form 3’ dan ‘Science Form 3’ akan dilaksanakan mulai Mac ini.

Menurut kenyataan itu, pembekalan buku teks tersebut tidak dapat dilaksanakan pada awal sesi persekolahan ekoran perubahan untuk menambah baik sistem perolehan dan mengelakkan sistem rundingan terus sejak pertengahan 2018. – BERNAMA

Tags: buku teksdlpkementerian kewangan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

Penjelasan Kementerian Kewangan Mengapa Bekalan Minyak Belum Pulih

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Laman media sosial Kementerian Kewangan (MoF) menerusi satu hantaran hari ini menerangkan mengapa bekalan minyak masih belum...

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

Harga Diesel, Petrol Tanpa Subsidi Hingga 22 April Diturunkan

15/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Kementerian Kewangan mengumumkan penurunan harga runcit diesel dan petrol tanpa subsidi bagi Semenanjung Malaysia berkuat kuasa 16...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd