• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 23, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangan Remaja 14 Tahun Dipotong Akibat Barah Tulang

oleh Ahmad Albab
23/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN – Luluh hati seorang ibu apabila mengetahui anak yang dilahirkan dengan sempurna anggota badan, terpaksa dipotong tangannya akibat menghidap barah tulang.

Ibu mangsa, Hanismulizuana Mustaffa, 36, berkata, hatinya sebak ketika doktor memaklumkan tangan kiri anak perempuannya yang berusia 14 tahun, Faradina Che Fauzan terpaksa dipotong bagi mengelakkan virus barah merebak di bahagian tubuh lain.

Bagaimanapun, dia dan suami, Che Fauzan Che Ahmad, 44, reda dengan ketentuan ALLAH SWT setelah dimaklumkan itulah jalan terbaik untuk menyelamatkan anak sulung mereka itu yang mesra dengan panggilan Dina.

“Hanya kepada ALLAH kami berserah dan kami juga sangat bersyukur sebab walaupun keadaannya masih belum stabil selepas pembedahan, namun Dina amat kuat semangat,” katanya.

Tangan kiri membesar

Anak sulung daripada tiga beradik yang tinggal bersama keluarga di Kota Bharu, Kelantan itu diketahui menghidap barah tulang di bahagian tangan kiri selepas mendapat suntikan untuk barah serviks di sekolahnya, iaitu sebuah sekolah agama di Kota Bharu pada Oktober tahun lalu.

Menurut Hanismulizuana, dia dan suami kemudian membawa Dina ke hospital besar Kota Bharu untuk mendapatkan pengesahan setelah tangan kiri anak mereka itu semakin besar dan tidak mampu diangkat.

Katanya, doktor pakar di Unit Jagaan Koronari HUSM Kubang Kerian sehingga kini masih membuat pemantauan rapi terhadap Dina, malah kos ubat bernilai RM12,000 sehari juga di bawah tanggungan pihak hospital kerana pesakit masih pelajar.

“Tangan kiri Dina jadi makin besar dan dia tak mampu angkat tangannya itu. Ketika kami tahu penyakit anak kami ini, ia sudah pada tahap kronik,” katanya ketika menerima kunjungan Puteri Umno Dun Chukai di HUSM, semalam.

Hanismulizuana turut mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada warga Kemaman yang sangat prihatin dan sudi memberi sumbangan kepada keluarganya.

Puteri Umno Dun Chukai lancar kutipan derma kilat

Sementara itu, bagi meringankan beban Faradina sekeluarga, Puteri Umno Dun Chukai melancarkan kutipan derma kilat dan kemudiannya menyerahkan kutipan pertama berjumlah RM2678.40, semalam.

Ibu saudara mangsa yang juga AJK Puteri Umno Bahagian Kemaman, Harwany Yusof, 34, yang menyerahkan sumbangan itu berkata, wang berkenaan sedikit sebanyak dapat membantu perbelanjaan keluarga itu sepanjang berada di hospital.

Malah, katanya yang juga Pengerusi Kelab Belia Aswari Kemaman, kutipan itu akan diteruskan untuk membantu Faradina sekeluarga dalam menempuh ujian sukar tersebut.

“Daripada kutipan amal tabung kilat Adik Dina, Puteri Umno Dun Chukai dapat mengumpul sebanyak RM2678.40.

“Terima kasih saya ucapkan kepada Penyelaras Dun Chukai, Pejabat Parlimen Kemaman, Atra Dun Kijal dan warga Kemaman atas derma ini. Setinggi-tinggi penghargaan turut ditujukan kepada Penyelaras Puteri Umno Dun Chukai, Norfaizah Sulong dan sukarelawan pergerakan ini kerana membantu sepanjang kutipan berjalan,” katanya. – Sinar Harian Online

Tags: pembedahanremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd