• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Grab Singapura Mula Lancar 200 Kereta Elektrik

oleh
11/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MESRA ALAM… Syarikat kereta sewa terkenal, Grab mula guna 200 buah kenderaan elektrik secara bertahap-tahap bermula 11 Januari ini untuk menawarkan khidmatnya di seluruh Singapura.

Ia mengesahkan sudah beli 200 kereta elektrik Hyundai Kona 64 kWH. Sebagai permulaan, 20 kereta elektrik akan mula digunakan hari ini sementara yang lain akan diperkenal secara bertahap-tahap sepanjang beberapa minggu.

Berita gembira tersebut disahkan Ketua GrabRental, Kau Yi Ming dalam satu wawancara khas dengan pihak media semalam sebagai usaha lestari alam sekitar daripada pencemaran karbon di jalan raya republik tersebut.

“Dengan 200 kereta ini, kami juga akan jadi salah satu syarikat memiliki jumlah terbesar kereta elektrik. Kami ingin rebut peluang ini untuk perkenal kenderaan elektrik kepada kedua-dua pemandu dan penumpang Grab,” katanya.

Beliau menambah: “Kami berasa sudah sampai masanya untuk memperkenalkan platform pasaran besar-besaran seperti ini, teknologi semakin canggih sehingga ia boleh dimanfaatkan untuk menawarkan khidmat seperti ini.”

Yin Ming menjelaskan bahawa Grab akan bekerjasama dengan syarikat utiliti tenaga elektrik awam, Singapore Power (SP) untuk dapat menyediakan rangkaian tempat cas kereta sewa tersebut di lokasi strategik.

“Kami akan bekerjasama dengan SP dalam isu ini, dan ia sudah memperkenalkan sekitar 40 tempat cas setakat lewat 2018, separuh daripadanya mampu mengecas kenderaan elektrik dengan pantas,” kata beliau.

Tempat cas ini membolehkan Hyundai Kona 80 peratus dicas dalam tempoh 30 minit dan Yin Ming akur bahawa ini “sangat penting” bagi pemandunya yang sering kejar masa apabila terima tempahan daripada pelangganya.

Apabila kereta tidak dapat dicas dengan pantas, ia akan ambil masa sehingga lapan jam. Justeru, beliau berkata Grab sedang bekerjasama dengan SP untuk memastikan bahawa tempat cas terletak di kawasan-kawasan sesuai.

Media tempatan melaporkan, ini termasuk berdekatan dengan tempat makan tertentu supaya para pemandu boleh dapat makan tengah hari lebih selesa sementara menunggu kenderaan mereka dicas.

Yin Ming menambah, pilihan kenderaan elektrik sudah menarik sekitar 100 pemandu, yang akan menghadiri bengkel dan ujian memandu sebelum dibenarkan menggunakan kereta-kereta itu.

Bagi kurangkan kos pula, Grab menyatakan ia juga menawarkan diskaun sehingga 30 peratus bagi pemandu untuk cas kereta, dan dijangka boleh jimat sehingga 70 peratus kos minyak bagi kereta biasa. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: GrabSingapura
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

Selat Hormuz: Malaysia Negara Berdaulat Berhak Ambil Langkah Strategik

09/04/2026
0

REMBAU - Pemimpin negara lain diharap tidak membuat kenyataan berhubung pendekatan Malaysia dalam mendepani isu sekatan di Selat Hormuz. Menurut...

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

Selat Hormuz: Singapura Tidak Akan Berunding Dengan Iran Atas Dasar Prinsip

08/04/2026
0

SINGAPURA, 8 Apr - Singapura menegaskan tidak akan terlibat dalam sebarang rundingan dengan Iran berhubung laluan selamat kapal atau kadar...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd