• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mowgli Malaysia Akui Tiada Ilmu Penunduk

oleh
11/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

HEBAT… Rupanya Malaysia juga ada Mowgli iaitu watak dongeng dalam The Jungle Book, kisah berlatar belakang negara India itu yang papar seorang budak sangat akrab dengan haiwan.

Di Malaysia, Mohd Syukur Khamis, 14, boleh dianggap sebagai Mowgli kerana keakrabannya dengan haiwan. Setidak-tidaknya itulah diberitahu Nazri Sulaiman, jurugambar yang jadikan remaja itu sebagai subjek dirakam.

Malahan gambar pelajar tingkatan dua di Kuala Terengganu itu bersama-sama dengan sekumpulan haiwan peliharaan ayahnya yang dirakam oleh Nazri telah berjaya memenangi anugerah antarabangsa baru-baru ini.

Apa yang menarik mengenai gambar-gambar yang dirakam Nazri itu menunjukkan betapa mesranya hubungan haiwan seperti kerbau, lembu dan kambing dengan Mohd. Syukor, bukan hanya kerbau, kambing dan lembu.

Tetapi juga angsa dan burung. Mohd. Syukur dan haiwan bergurau seperti ‘kawan sekolah’. Menurut Nazri, remaja ini adalah anugerah Allah kepada keluarganya kerana dalam sejuta orang pun susah jumpa kes seperti itu.

“Saya pernah jumpa ketika kembara di Indonesia dan Thailand, ada budak baik dengan seekor kerbau jinak yang dicucuk hidungnya. Itu biasa. Tapi tidak pernah saya jumpa seorang budak boleh berkawan hingga 80 ekor kerbau.

“Malah tidak dicucuk hidung haiwan itu berkumpul dalam satu masa. Mereka sudah kenal Syukor ni. Sesetengah ada nama seperti Awang, Semek, Baba dan kambing ni pun namanya Bo,” kata Nazri dalam catatannya di Facebook.

Dalam pada itu, Mohd. Syukur ketika ditemui media dilaporkan mengakui tidak pernah menggunakan apa-apa ilmu atau petua untuk membolehkan kerbau, lembu, kambing dan angsa peliharaan bapanya mendengar cakapnya.

Dia yang diibarat umpama Mowgli dalam karya Barat berkata, dia bergaul sebati dengan haiwan ternakan kerana telah biasa melakukannya sejak dari kecil lagi melibatkan kerbau, lembu, kambing dan angsa peliharaan bapanya.

“Ada orang kata saya ada ilmu penunduk sedangkan tidak. Mungkin sebab saya dah biasa dengan mereka sejak kecil jadi mereka kenal tuan dan mendengar kata. Tetapi sebenarnya saya bukan saja akrab dengan kerbau.

“Cuma untuk sesi fotografi, jurugambar cenderung pilih kerbau kerana jumlahnya banyak lebih 100 ekor,” katanya selepas kisahnya menjadi perhatian jurugambar seluruh dunia termasuk Amerika Syarikat dan India sejak 2016.

Semua ternakan yang akrab dengannya bahkan boleh bergaul seperti manusia dengan Mohd Syukur yang bercita-cita menjadi penternak, selain ada haiwan ternakan berkenaan yang tidur bersamanya ketika kecil.

“Kalau kambing pula saya rapat dengan Saat. Selepas tiga hari dia lahir, ibunya mati dan saya susukannya setiap hari dan jaga sehingga bawa tidur bersama di atas rumah. Kerbau yang sangat rapat dengan saya bernama Awang,

“Ia sering menjadi teman ketika fotografi tetapi sudah mati,” katanya. Mohd. Syukur berkata, selepas tular dan dikenali ramai dia menerima ucapan tahniah daripada guru dan rakan sekolahnya yang turut datang ke rumah.

Mereka turut tinjau kandang untuk merakamkan gambar bersamanya dan kerbau berkenaan. “Saya tidak bangga apabila menjadi tular, tetapi gembira sebab dulu ayah sering dihina kerana pekerjaannya sebagai penternak kerbau.

“Tetapi kini, saya seronok dapat buat ayah bangga, ubah persepsi orang terhadap kerja ayah,” kata pelajar Sekolah Menengah Padang Midin itu ketika ditemui di rumahnya di Kampung Banggol Katong. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Mowgli
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd