• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SPRM Sindir Menteri Air Mahu Naik Tarif Tapi Kualiti…

oleh
11/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TERSIRAT… Kerajaan Pakatan Harapan (PH) diminta agar memastikan bahawa ku­aliti air dan mutu per­khidmatan berada di tahap yang baik sebelum cuba mahu bertindak menaikkan tarif.

Demikian nasihat Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Azam Baki sambil merujuk isu kerugian yang dialami oleh syarikat pembekalan atau badan penguruasan air.

Jelas beliau, situasi itu berlaku berpunca akibat kelemahan pengurusan dan penyelewengan. Selain itu ujarnya, persoalan utama­ yang perlu diberi penekanan ialah mutu per­khidmatan pula tidak setimpal dengan kadar tarif.

“Adakah ia lebih cekap dan kualiti air yang sampai kepada pengguna itu selamat digunakan atau sejauh mana perkhidmatan bekalan air bersih ini dapat dikecapi oleh penduduk yang tinggal di perkampungan terpencil?

“Jangan terlalu kejar ke­­­untungan te­tapi abaikan mutu dan kualiti perkhidmatan yang diharapkan rakyat. Harga air yang naik wajar diseimbang dengan kualiti serta mutu perkhidmatan yang baik,” kata Azam dalam satu kenyataan.

Meskipun tidak menamakan sesiapa, beliau jelas merujuk kenyataan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Dr. A. Xavier Jayakumar di ibu negara kelmarin kononnya kenaikan tarif air itu tidak akan beban nasib rakyat marhaen.

Baca: PH Bakal Naik Tarif Air Di Seluruh Negara

Azam menambah, kerugian yang dialami jika dikaji berpunca daripada kelemahan pengurusan dan penyelewengan. Oleh itu, perbetulkan dahulu struktur dan stan­dard prosedur operasi sebelum menuding jari kepada faktor lain.

Mengulas lanjut beliau berkata, peruntukan kerajaan Pusat dan negeri bagi kos pengurusan air kepada pihak-pihak dipertanggungjawabkan yang cecah berbilion ringgit sepatutnya perlu dipantau dan diuruskan dengan berintegriti.

Bahkan tambah Azam, sekiranya tidak diurus dengan baik, maka ia akan terus mengalir dan tiris sebagaimana paip-paip ‘bocor’ masuk pula ke poket-poket pihak yang berkepentingan dan dijadikan bisnes untuk kaut untung besar.

“Skandal Jabatan Bekalan Air Sabah tahun lalu pernah membuktikan bahawa isu penyelewengan dalam urusan pengagihan kontrak dan tender pembinaan serta penyenggaraan projek bekalan air domestik teruk berlaku.

“Kesannya walaupun ratusan juta peruntukan disalur untuk tingkat kualiti bekalan air, namun matlamat ini tidak tercapai akibat kes rasuah dan salah guna kuasa pihak berwajib,” jelas Azam. – Agensi/Mynewshub.TV

Tags: Azam Bakitarif air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rehatkan Sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM Sehingga Siasatan Selesai – Akmal Saleh

Rehatkan Sementara Ketua Pesuruhjaya SPRM Sehingga Siasatan Selesai – Akmal Saleh

17/02/2026
0

SHAH ALAM – Pemuda UMNO berpandangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki perlu direhatkan sementara...

‘Tangkap Azam Baki 2.0’ Dijadual Ahad Ini Di Sogo Kuala Lumpur

‘Tangkap Azam Baki 2.0’ Dijadual Ahad Ini Di Sogo Kuala Lumpur

13/02/2026
0

KUALA LUMPUR – Satu perhimpunan dikenali sebagai “Himpun dan Lawan: #TangkapAzamBaki” dijadual berlangsung pada Ahad, 15 Februari 2026, jam 4...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd