• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Paling Kaya Di Dunia, Jeff Bezos Dan Isteri Bercerai

oleh
10/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

PENGASAS Amazon, Jeff Bezos yang diiktiraf sebagai individu paling kaya di dunia mengumumkan bercerai dengan isterinya, Mackenzie Bezos di Twitter pada Rabu, selepas lama tinggal berasingan.

“Kami mahu semua orang mengetahui tentang perkembangan dalam kehidupan kami,” kata Jeff Bezos, 54, dan Mackenzie Bezos, menerusi kenyatan bersama di akaun Twitter Jeff.

“Seperti yang diketahui keluarga dan teman-teman rapat, selepas tempoh lama berkasih sayang dan percubaan untuk tinggal berasingan, kami memutuskan untuk bercerai dan meneruskan kehidupan sebagai kawan,” kata mereka.

Pasangan itu berkata, mereka berasa sangat bertuah di atas perhubungan selama 25 tahun dan akan terus berhubung antara satu sama lain sebagai kawan rapat dan ibu bapa.

Mackenzie Bezos merupakan penulis kepada dua buku, termasuk ‘The Testing of Luther Albright’, sebuah novel psikologi mengenai cabaran yang dihadapi seorang bapa dan keluarganya di Sacramenton, California selepas satu kejadian gempa bumi.

Dia merupakan salah seorang daripada pekerja Amazon yang terawal semasa ia ditubuhkan.

Pasangan yang mempunyai empat anak itu, bertemu semasa bekerja di pusat dana lindung nilai, DE Shaw sebelum Bezos menubuhkan Amazon.

Jeff Bezos dinilai sebagai lelaki paling kaya di dunia oleh Forbes dan Bloomberg, dengan kekayaan dianggarkan kira-kira AS$137 bilion (RM562.41 bilion). – Agensi

Tags: amazonberceraiJeff Bezos
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan – Isteri Faisal Halim

Ini Bukan Kali Pertama Saya Diceraikan – Isteri Faisal Halim

02/09/2025
0

KUALA LUMPUR: Isteri kepada Faisal Halim, Nur Syazwani Mizuana Shahril tampil bersuara mengenai kemelut rumah tangganya dengan bintang bola sepak...

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

Puteri Sarah – Syamsul Bercerai 18 April

10/04/2023
0

KUALA LUMPUR: Perkahwinan pelakon Puteri Sarah Liyana Megat Kamaruddin dan suaminya, Syamsul Yusof akan menemui titik perakhiran pada 18 April...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd