• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, May 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Manchester City Belasah Lawan Sebab Hormat

oleh
10/01/2019
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER – Pengendali Manchester City, Pep Guardiola menyatakan pendekatan tanpa belas pasukannya ketika menang besar 9-0 ke atas kelab divisyen tiga Burton Albion adalah kerana rasa hormat ke atas lawan dan pertandingan.

City mendahului 4-0 pada babak pertama tetapi terus membelasah lawan di babak kedua untuk mencatat kemenangan paling besar pada separuh akhir pertama Piala Liga Inggeris di Etihad, awal pagi tadi.

“Jika anda lupa untuk meneruskan (serangan) bermakna anda tidak menghormati lawan atau pertandingan ini,” kata Guardiola.

“Kami bercakap mengenainya ketika rehat, bermain dengan mudah dan cuba menjaringkan lebih banyak gol. Itu cara terbaik untuk menghormati pertandingan dan lawan. Cara terbaik adalah melakukan apa yang perlu.

“Perbezaan antara pasukan Liga Perdana dan League One, sudah tentu kualiti pemain, tapi paling utama adalah rentak. Apabila anda mempunyai intensiti dan rentak untuk 90 minit, akhirnya mereka akan tewas.”

PENGENDALI Manchester City, Pep Guardiola. – Foto Reuters

City selaku juara bertahan Piala Liga kini sudah boleh membuat persiapan untuk final di Wembley bulan depan walaupun masih ada aksi timbal balik di Stadium Pirelli pada 23 Januari ini.

Gabriel Jesus meledak empat gol dengan Kevin de Bruyne, Oleksandr Zinchenko, Phil Foden, Kyle Walker dan Riyad Mahrez masing-masing menyumbang satu gol dalam menamatkan perjalanan epik skuad kendalian Nigel Clough.

Guardiola bercakap dengan beberapa pemain Burton di padang selepas perlawanan dan memuji pencapaian kelab itu layak ke separuh akhir, perjalanan yang menyaksikan mereka menyingkirkan kelab Liga Perdana, Burnley, kelab Liga Kejuaraan, Aston Villa, Nottingham Forest dan Middlesbrough.

“Burton bertindak menakjubkan pada kejohanan ini. Mereka patut berbangga kerana mereka beraksi mengagumkan,” kata pengendali dari Sepanyol itu.

Bos Burton, Clough, anak lelaki Brian Clough, bekas pengurus kelab juara Piala Eropah, Nottingham Forest menyatakan beliau tidak terkejut dengan keputusan itu.

“Kami memang menjangkakan jurang antara dua pasukan ini, kami fikir ia mungkin lebih lagi. Kami tidak banyak melakukan kesilapan, dua atau tiga daripada gol itu mungkin boleh dielakkan tapi kami tidak bermain terlalu teruk,” katanya. – Reuters

Tags: Manchester City
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Liverpool Kekal Di Puncak, Manchester City Terkulai

11/11/2019
0

LONDON - Liverpool terus kekal di puncak Liga Perdana Inggeris dengan kemenangan bergaya 3-1 ke atas penyandang juara, Manchester City...

Kolaborasi Dengan Manchester City Pasti Jadi Kenyataan

29/05/2019
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Belia dan Sukan akan memastikan kolaborasinya dengan juara Liga Perdana Inggeris, Manchester City menjadi kenyataan. Menterinya...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd