• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sesi Bertumbuk Ahli Parlimen Turki Masuk Hari Kedua

oleh Ahmad Albab
22/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

ISTANBUL – Parlimen Turki menjadi huru-hara sekali lagi kelmarin selepas ahli Dewan bertumbuk buat kali kedua disebabkan rang-undang-undang kontroversi untuk mening­katkan kuasa polis terhadap penunjuk perasaan, lapor media tempatan.

Agensi berita Dogan me­la­por­kan ahli parlimen daripada parti pemerintah dan parti pembangkang bertinju di dalam Dewan dengan seorang daripada mereka terjatuh beberapa anak tangga sewaktu sesi per­sidangan baru memulakan debat melibatkan rang undang-undang keselamatan dalam negeri itu.

Suasana kecoh itu menyerupai kejadian pada malam Selasa lalu yang meleret ke awal pagi Rabu dan menyebabkan lima ahli parlimen cedera, dua daripadanya mengalami kecederaan di kepala selepas dipukul dengan tukul kayu istiadat.

Parti-parti pembangkang yang menentang kuat rang undang-undang dikemukakan kerajaan itu pada awal minggu ini berjanji untuk menghalang teks draf berkenaan daripada dibaca di Dewan.

Mereka menggunakan tak­tik melengah-lengahkan pemben­tang­­an dengan mengemukakan beberapa usul yang tidak berkaitan.

Akhbar Hurriyet melaporkan parti pembangkang mengemukakan bantahan selama lebih tiga jam sebelum debat mengenai rang undang-undang itu dimulakan kelmarin.

Perbalahan mulut antara kedua-dua pihak kemudian tiba-tiba bertukar ganas melibatkan tumbukan serta sepakan.

Turut terlibat ialah Ahli Parlimen daripada parti pembangkang CHP, Orhan Duzgun yang jatuh beberapa anak tangga tetapi dia enggan dibawa berjumpa doktor kerana mahu terus berada di dalam Dewan untuk meneruskan penentangan.

Pembangkang khuatir rang undang-undang yang dikemukakan parti pemerintah, Parti Keadilan dan Pembangunan (AKP) itu akhirnya akan me­njadikan Turki sebuah negara polis di bawah kuasa Presiden Recep Tayyip Erdogan. – AFP

https://www.youtube.com/watch?v=Y1RDRJJFdfQ

Tags: Turki
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

“Bagaikan Kiamat”-Saksi, Angka Korban Gempa Bumi Lepasi 4,300

07/02/2023
0

HATAY : Pasukan penyelamat di Turkiye dan Syria dikatakan menggali kawasan runtuhan tanpa bantuan teknikal atau hanya dengan tangan kosong...

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

53 Terkorban, Puluhan Bangunan Runtuh Di Turki, Syria

06/02/2023
0

ANKARA – Satu gempa bumi kuat berukuran 7.8 pada skala Richter menggegarkan tenggara Turki semalam, kata Pusat Kajian Geologi Amerika...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd