• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencuri Kena ‘Rear-Naked Choke’

oleh
10/01/2019
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

RIO DE JANEIRO – Seorang pencuri dibelasah selepas tersilap langkah dengan cuba menyamun atlet wanita seni bela diri campuran (MMA) yang turut dikenali sebagai ‘Wanita Besi’.

Polyana Viana, juara Ultimate Fighting Championship (UFC) kategori strawweight, menewaskan suspek dengan dua tumbukan serta sepakan, sebelum menggunakan teknik ‘rear-naked choke’ dan memaksa lelaki terbabit duduk sambil menunggu ketibaan polis.

Cubaan menyamun Viana, 27 itu berlaku ketika beliau sedang menunggu kenderaan Uber di luar blok pangsapuri yang dihuninya.

Katanya, suspek mengaku memiliki pistol tetapi tidak sempat melakukan apa-apa apabila Viana bertindak membuka langkah mempertahankan diri.

Selepas menewaskan suspek, beliau mendapati senjata api yang didakwa dimiliki itu hanyalah sebuah replika diperbuat dari kadbod tebal.

Viana turut memuat naik foto suspek yang lebam dan berdarah sementara menanti ketibaan polis.

“Saya rasa dia dalam ketakutan kerana tidak menyangka saya akan bertindak sepantas itu,” katanya dalam laman web MMA Junkie.

Menurut Viana, dia pulang ke rumah untuk menyediakan makan malam selepas suspek ditahan polis dan mengalami sedikit kesakitan di bahagian tangan keesokan hari. – Agensi

Tags: pencuriPolyana Viana
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

Bunga Hiasan Majlis ‘Lesap’, Penganjur Terpaksa Minta Dipulangkan Balik

10/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Tular di media sosial apabila beberapa wanita dipercayai tetamu sebuah majlis dilihat ‘merembat’ bunga hiasan yang sepatutnya...

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

Pencuri Tabung Derma Ditahan Di Perkarangan Masjid

09/06/2023
0

SUNGAI BESAR : Pura-pura menunaikan solat sebelum melarikan wang tabung derma masjid dan surau di sekitar daerah Sabah Bernam di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd