• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Fosil Rusa Prasejarah Ditemui Di Argentina

oleh
10/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

BUENOS AIRES – Satu fosil rusa prasejarah yang masih elok ditemui di utara Buenos Aires, kata pengurusan Universiti La Matanza dalam satu pendedahan semalam.

Fosil itu yang masih belum diketahui usia terdiri daripada 70 peratus bahagian haiwan berkenaan mencakupi tulang belakang, kaki dan gigi.

Penemuan itu dibuat di tapak yang sama 24 fosil mamalia dan reptilia ditemui sejak 17 tahun lalu.

“Adalah sangat menakjubkan apabila melihat kedudukan tulang belakang dan tengkuk haiwan itu kekal,” kata Pengarah Muzium Paleontologi San Pedro, Jose Luis Aguilar.

Selain set hampir lengkap gigi dan tulang belakang, rangka haiwan itu turut disertai lebih 20 tulang rusuk, tulang pelvik, kaki belakang dan sebahagian tulang paha.

Spesies rusa Morenelaphus yang sebelum ini hanya ditemui dalam bahagian kecil boleh mencecah berat sehingga 200 kilogram.

“Haiwan kecil ini memberikan kita maklumat mengenai kehidupan prasejarah ketika keadaan persekitaran masih amat berbeza dengan sekarang,” kata Aguilar yang membuat penemuan itu.

Ujian akan dilakukan bagi menentukan usia haiwan terbabit tetapi Morenelaphus wujud pada zaman Pleistocene bermula 2.5 juta tahun hingga 12,000 tahun lalu. – Agensi

Tags: Argentinafosilrusa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tertembak 2 Rakan Disangka Rusa

Tertembak 2 Rakan Disangka Rusa

23/05/2024
0

KOTA BELUD : Seorang lelaki tertembak dua rakannya yang disangka rusa ketika mereka berada di kawasan kebun di Kampung Gaur,...

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir, UAE Bakal Sertai BRICS

24/08/2023
0

MOSCOW : Argentina, Iran, Arab Saudi, Mesir dan Emeriah Arab Bersatu (UAE) akan menjadi anggota baharu kumpulan BRICS (Brazil, Russia,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd