• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Anak Patung Barbie Kini Rai Ulang Tahun Ke-60

oleh
05/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

TEGUH… Barbie yang popular dalam kalangan kanak-kanak perempuan kini berusia genap 60 tahun sejak ‘lahir’ di Pesta Barang Mainan Amerika Syarikat (AS) di New York pada 9 Mac 1959.

Sejak itu, lebih satu bilion anak patung Barbie dijual di seluruh dunia, tidak kira sama ada ia berambut perang atau coklat, berkulit hitam atau putih, atau menampilkan watak puteri raja atau pemimpin negara atau selebriti ternama.

Malahan, anak patung dengan hanya jantina perempuan berkenaan juga tidak pernah memiliki sebarang kedut di wajahnya itu, sentiasa berusaha menyesuaikan dirinya dengan keadaan semasa dan perubahan zaman.

Justeru, walaupun berdepan dengan persaingan sengit dalam industri barang permainan, sebanyak 58 juta anak patung Barbie direkodkan berjaya dijual setiap tahun di lebih 150 buah negara di seluruh dunia.

“Dalam industri produk alat permainan di mana kejayaan dilihat dalam tempoh tiga hingga lima tahun, tempoh 60 tahun adalah sesuatu yang menakjubkan,” kata pengarah pemasaran jenama global Barbie, Nathan Baynard.

Beliau ketika ditemui pada sesi lawatan ke studio reka bentuk Barbie di El Segundo, Los Angeles, AS bahkan berkata, anak patung itu dikenali di serata dunia seperti produk minuman Coca-Cola atau restoran McDonald’s.

Mengulas dengan lebih lanjut, Baynard berkata bahawa anak patung Barbie sebenarnya adalah hasil ciptaan Ruth Handler, iaitu pengasas bersama syarikat barangan permainan popular antarabangsa, Mattel.

“Barbie terhasil berdasarkan pengalaman Handler bersama-sama dengan anak-anaknya. Anak perempuannya, Barbara hadapi kesukaran kerana pilihan anak patung yang terhad dan yang ada ketika itu hanyalah patung bayi.

“Jadi, dia hanya boleh bayangkan untuk memainkan peranan sebagai pengasuh dan ibu, sedangkan anak Handler sering mengimpikan untuk menjadi seorang angkasawan, koboi, juruterbang dan pakar bedah,” kata Baynard.

Sebenarnya, beliau mendedahkan bahawa jenama Barbie itu sendiri adalah nama panggilan singkat untuk Barbara, iaitu nama kepada anak perempuan Handler. Patung Barbie sepatutnya ajar kanak-kanak dan remaja perempuan.

“Ia mahu golongan tersebut ada pilihan dan boleh melakukan apa sahaja aktiviti. Namun, pada tahun 1959, ia adalah satu idea radikal untuk dikomersialkan di pasaran yang penggunanya masih agak konservatif,” kata Baynard.

Bagaimanapun, beliau berkata, Barbie berjaya mencatatkan kejayaan apabila berjaya dijual sebanyak 300,000 unit pada tahun pertama ia dikeluarkan. – AFP

Tags: barbieMattel
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie

Vietnam Haramkan Tayangan Filem Barbie

04/07/2023
0

HANOI – Pihak berkuasa Vietnam mengharamkan tayangan filem Hollywood, Barbie selepas lembaga penapisan filem menyatakan ia memaparkan adegan peta Laut...

Margot Robbie Pegang Watak Barbie Dalam Filem

10/01/2019
0

NEW YORK - Aktres Australia, Margot Robbie akan memegang watak anak patung ikonik Mattel, Barbie dalam filem aksi hidup pertama,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd