• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekolah Boleh Tugas Murid Buat Kerja Pembersihan

oleh AK-47
03/01/2019
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak sekolah dibenarkan menugaskan murid-murid sekolah untuk melakukan kerja-kerja pembersihan di sekolah.

Kementerian Pendidikan dalam satu kenyataan namun mendakwa langkah itu bukan disebabkan isu pembuangan ramai pekerja pembersihan sekolah.

Sebaliknya langkah itu kononnya bagi mendidik dan menerap nilai murni rakyat Jepun dalam kalangan murid sekolah.

“Kementerian Pendidikan tiada halangan sekolah yang ingin menugaskan murid melaksanakan kerja pembersihan yang mudah dengan pengawasan guru dan tidak mengabaikan aspek keselamatan.

“Menjadi amalan biasa sekolah-sekolah di negara maju khususnya di Jepun untuk
murid-murid turut sama mengambil bahagian aktif secara terancang dalam aktiviti membersihkan sekolah,” kata kenyataan itu hari ini.

Kementerian Pendidikan mengeluarkan kenyataan itu sebagai respons terhadap isu ramai pekerja pembersihan di sekolah diberhentikan kerja.

Menteri Pendidikan kerajaan Pakatan Harapan (PH) ialah Dr. Maszlee Malik.

Terdahulu, Kementerian Pendidikan mendakwa tidak terlibat dengan penamatan mahupun pengambilan mana-mana pekerja-pekerja kebersihan.

Dakwa kementerian itu, ia dibuat
sepenuhnya oleh syarikat yang mendapat kontrak pembersihan di sekolah.

Kementerian Pendidikan bagaimanapun memaklumkan telah mengubah skop kontrak perkhidmatan kerja-kerja kebersihan supaya selari dengan dasar mengoptimumkan penggunaan sumber kewangan kerajaan yang diamalkan sekarang.

“Di bawah skop lama, penentuan bilangan pekerja adalah dengan mengambil kira enrolmen murid dan penghuni asrama.

“Namun, kriteria tersebut tidak lagi digunakan sepenuhnya dalam penentuan bilangan kontrak bermula 1Januari 2019,” kata kenyataan itu. – Mynewshub

Tags: kebersihan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Fungsi J-KOM Akan Diteliti Semula

MPK ‘Serbu’ Gerai Dalam Kedai Berkait Isu Kebersihan

03/01/2024
0

KLANG - Majlis Perbandaran Klang (MPK) sentiasa melaksanakan penguatkuasaan berhubung garis panduan pelesenan gerai dalam kedai dari semasa ke semasa....

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

Tauke Kopi, Dua Pekerja Halang Anggota Penguat Kuasa Periksa Kebersihan Ditahan

26/06/2023
0

KEMAMAN – Seorang pengusaha minuman kopi terkenal daerah ini bersama dua pekerja ditahan bagi membantu siasatan dakwaan menghalang anggota penguatkuasaan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd