• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Netflix Gugur Episod Komedi Sindir Arab Saudi

oleh
02/01/2019
dalam Artis, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

AKUR… Netflix sudah pun bertindak menggugurkan satu episod daripada rancangan komedi satira yang kritik Arab Saudi selepas ia terima aduan daripada para pegawai negara itu.

Langkah pelik tersebut sekali gus menimbulkan tanda tanya mengenai had kebebasan media online antarabangsa, menurut laporan akhbar kewangan Financial Times semalam.

Ia melaporkan bahawa syarikat khidmat penstriman berkenaan sudah ‘buang’ satu episod daripada rancangan “Patriot Act with Hasan Minhaj” untuk siaran di Arab Saudi.

Tindakan berkenaan dibuat selepas Suruhanjaya Teknologi Perhubungan dan Penerangan Arab Saudi menyatakan bahawa syarikat itu didapati melanggar undang-undang jenayah siber negara Islam tersebut.

Dalam episod berkenaan, Minhaj secara terbuka telah mengecam Arab Saudi ekoran pembunuhan penulis ruangan Washington Post, Jamal Khashoggi di konsulat negara itu di Istanbul, Turki tahun lalu.

Selain biadab kritik Putera Mahkota Mohammed bin Salman, Minhaj juga dilaporkan kurang ajar mengkritik operasi ketenteraan yang diterajui Arab Saudi di Yaman.

Pada Disember lalu, Senat Amerika Syarikat (AS) meluluskan dua ketetapan simbolik yang menyalahkan Putera Mahkota Mohammed atas pembunuhan tersebut berdasarkan hasil laporan risikan.

Mereka turut menggesa kerajaan AS supaya tarik diri daripada konflik di Yaman. Karen Attiah, seorang editor di The Washington Post, menulis menerusi akaun sosial Twitternya bahawa tindakan Netflix itu “agak mengejutkan”.

Kementerian Perhubungan Arab Saudi dan Netflix tidak memberi sebarang respons mengenai langkah tersebut. Bagaimanapun akhbar Financial Times menyatakan Netflix mempertahankan keputusannya.

Ia beri alasan dengan menyatakan: “Kami amat sokong kebebasan artistik di seluruh dunia dan hanya gugurkan episod di Arab Saudi selepas kami menerima permohonan undang-undang yang sah.

“Ini sejajar supaya kami mematuhi undang-undang tempatan.” Episod itu masih boleh ditonton di negara-negara lain di dunia, manakala rakyat Arab Saudi pula boleh menontonnya melalui laman YouTube. – Agensi

Tags: Arab SaudiNetflix
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

JDT Beri Tentangan Sengit Kepada Juara Bertahan Al-Ahli, Tewas Tipis 1-2

18/04/2026
0

JEDDAH – Perjuangan wakil negara, Johor Darul Ta'zim (JDT) dalam kempen AFC Champions League Elite 2025/26 berakhir di peringkat suku...

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

Kilang Petrokimia Gergasi Arab Saudi Terbakar

07/04/2026
0

Oleh Mynewshub   JUBAIL – Sebuah kebakaran besar dilaporkan berlaku di kawasan perindustrian Jubail, Arab Saudi, yang merupakan antara hab...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd