• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Tangguh Naik Harga Petrol Helah PH Kaut Untung

oleh
01/01/2019
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUSLIHAT… Penetapan mekanisme harga runcit petrol dan diesel perlu dibuat secara teliti supaya pengguna dan pengusaha stesen minyak tidak berhadapan masalah yang tidak sepatutnya.

Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, had harga maksimum petrol patut direndahkan lagi berbanding RM2.20 bagi RON95 dan RM2.18 bagi diesel.

Katanya, had harga ini penting supaya beban kos sara hidup rakyat tidak bertambah di samping mengelak berlakunya peningkatan mendadak Indeks Harga Pengguna Malaysia (IHP).

“Kerajaan juga mesti mengehadkan kadar kenaikan harga runcit bahan api ini (dicadangkan maksimum 15 sen seliter) supaya pengguna tidak mengalami kesan perubahan perbelanjaan yang mendadak,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Selain itu, Khairuddin turut mempersoal keputusan kerajaan menangguhkan lagi penurunan harga runcit petrol dalam pasaran yang sepatutnya bermula hari ini.

Beliau mendakwa, penangguhan ini jelas menunjukkan kerajaan mahu mengaut keuntungan daripada rakyat dengan membuat helah.

“Sejak diumumkan dalam Bajet 2019 pada awal November lalu, kenapa baru sekarang kerajaan mahu mengadakan pertemuan dan perbincangan dengan Persatuan Pengusaha Stesen Minyak Malaysia (PDAM) bagi memuktamadkan isu ini, sedangkan PDAM adalah antara pemegang taruh yang utama.

“Berdasarkan Mean of Platts Singapore (MOPS) dan APM (Mekanisme Harga Automatik), sepatutnya sejak awal Disember lalu RON95 dijual pada harga RM1.90 seliter. Ini bermaksud, dengan mengekalkan bahan api ini pada harga RM2.20 seliter, kerajaan mengaut untung sebanyak 30 sen bagi setiap liter daripada pengguna.

“Menjelang tahun baharu, sekali lagi pengguna diminta terus menanggung ‘subsidi’ untuk kerajaan,” katanya.

Terdahulu, Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengesahkan, mesyuarat Kabinet akan diadakan esok bagi menentukan harga petrol dan diesel.

Beliau dilaporkan berkata, kerajaan sedia menurunkan harga minyak mengikut harga minyak dunia, namun perlu melihat permintaan pengusaha stesen minyak.

Tags: Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Khairuddin Umum Keluar Pas Serta-merta

14/03/2022
0

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali mengumumkan keluar daripada parti Pas berkuat kuasa hari...

Teruk Jika Calon PM Tolak Al-Quran, Hadis

26/03/2018
0

KUALA LUMPUR - Islam tidak menggalakkan seseorang melobi untuk dirinya memegang jawatan yang besar seperti Perdana Menteri Malaysia yang ke-7....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd