• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Perempuan Hanya Mahu Lanjutkan Pelajaran Agama

oleh Ahmad Albab
21/02/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

MUAR – Remaja perempuan yang ditahan kerana dipercayai mahu menyertai kumpulan militan IS di Syria, pernah memberitahu mahu melanjutkan pelajaran di madrasah bagi mendalami ilmu agama, demikian menurut bapa saudara dan rakan sekolahnya.

Bapa saudara remaja itu jelas terkejut apabila dimaklumkan anak saudaranya itu ditahan kerana disyaki mahu menyertai IS.

“Saya tidak tahu pun anak saudara saya ini ditahan sehingga anda (pemberita) memberitahu saya…hubungan dia dan keluarga juga baik dan tiada masalah serta agak rapat dengan rakannya di sekolah.

“Apa yang kami tahu dia yang juga anak sulung daripada tiga beradik dan kematian ibunya sejak beberapa tahun lalu, mahu melanjutkan pengajian di sebuah madrasah baru-baru ini,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sebuah kampung di sini hari ini.

Seorang rakan remaja perempuan itu pula berkata, suspek pernah memberitahu mahu mendalami ilmu agama dan melanjutkan pelajaran ke madrasah.

“Kami (rakan-rakan) terkejut dia ingin menyertai IS…dia seorang yang peramah dan agak pandai dalam pelajaran,” kata pelajar lelaki berumur 16 tahun itu.

Kelmarin, sepasukan polis daripada Bahagian Anti-Pengganas, Cawangan Khas Bukit Aman menahan seorang remaja perempuan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana dipercayai merancang untuk menyertai IS di Syria.

Menurut polis, remaja berusia 14 tahun itu dikesan terpengaruh dengan fahaman ekstremis berkenaan selepas berinteraksi dengan dua individu di laman Facebook, sebelum bertindak nekad mahu meninggalkan negara bagi menyertai kumpulan militan itu. – BERNAMA

Tags: gadisIS
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

Pekerja Kedai Makan Didakwa Miliki Bahan Berkaitan IS

19/07/2024
0

BUTTERWORTH : Seorang pekerja kedai makan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen, di sini, hari ini atas pertuduhan memiliki bahan berkaitan kumpulan...

Hebatnya ‘Awek’ Roti Canai beraksi!

07/04/2021
0

CHERATING - Siapa sangka menebar roti canai kini tidak hanya tertumpu kepada kaum lelaki sahaja, malah kemahiran itu mula dikuasai...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd