• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Gerakan Gesa Kerajaan PH Tunai Janji PRU

oleh
29/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

GEORGE TOWN – Parti Gerakan hari ini menggesa agar kerajaan Pakatan Harapan (PH) melaksanakan segala janji-janji manifestonya pada pilihan raya umum ke-14 yang lepas.

Timbalan Presidennya Oh Tong Keong dalam satu kenyataan hari ini menyuarakan rasa kecewa dengan kerajaan PH yang menurutnya masih gagal melaksanakan janji-janjinya selepas tujuh bulan mentadbir negara, terutama yang berkaitan pemansuhan kutipan tol di seluruh negara, termasuk Tol Jambatan Pulai Pinang.

Oh berkata pemimpin-pemimpin DAP pernah berjanji akan menghentikan kutipan tol di Sungai Nyior, Butterworth, tetapi ia tidak dapat dilaksanakan apabila ia gagal dalam usahanya menawan Putrajaya pada pilihan raya tahun 2008.

“Bagaimanapun selepas Pilihan Raya Umum 2018, DAP dan rakan sekutunya berjaya mengambil alih kerajaan Persekutuan, sekarang mereka mengemukakan alasan lain, kononnya mahu menghalang konflik dan perselisihan, semata-mata untuk mewajarkan keengganan mereka melaksanakan pilihan raya kerajaan tempatan,” katanya.

Oh, yang juga pengerusi Gerakan Pulau Pinang seterusnya mempersoalkan niat PH, adakah alasan-alasan itu tidak disasar untuk mengumpan sokongan orang ramai, atau janji-janji mereka hanya untuk berkempen semata-mata.

Beliau seterusnya menunding jari kepada pemimpin-pemimpin DAP dan PKR, terutama setiausaha agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menurutnya sering memberitahu orang ramai bahawa mereka akan memansuhkan kutipan tol selepas mengambil alih kerajaan persekutuan.

“Kami (Gerakan) menggesa DAP supaya berhenti daripada berterusan memberikan alasan kerana rakyat sudah bosan dengannya, kami mahukan segala kata-kata janji diterjemahkan dengan tindakan yang sebenar,” katanya. – BERNAMA

Tags: Gerakan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

Isu Derma Syarikat Arak: PAS Mungkin Tidak Bersama Gerakan Pada PRU16

28/07/2024
1

Kota Bharu : PAS kecewa dengan pendirian dan kenyataan Gerakan yang menyokong isu derma syarikat arak kepada sekolah. IKUTI CHANNEL...

GERAKAN Guna Logo PN

GERAKAN Guna Logo PN

25/10/2022
0

BAYAN LEPAS : GERAKAN akan menggunakan logo Perikatan Nasional (PN) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) ini. Ikuti Mynewshub: Telegram...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd