• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ambil Serius Masalah Dadah Pelajar Sekolah

oleh
29/12/2018
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Semua pihak berkepentingan digesa memandang serius masalah penyalahgunaan dadah yang dihadapi pelajar sekolah di negara ini dalam usaha mencari jalan penyelesaiannya.

Naib Pengerusi Kanan Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia, Tan Sri Lee Lam Thye berkata ini kerana jumlah pelajar yang terbabit masalah itu seperti yang dilaporkan media semalam, adalah suatu jumlah yang membimbangkan.

“Saya berharap pihak berkepentingan termasuk Kementerian Pendidikan Malaysia, pihak sekolah, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dan para pelajar sendiri bersama agensi seperti Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) serta pertubuhan bukan kerajaan (NGO) memainkan peranan mengatasi masalah ini.

Sekolah adalah tempat di mana modal insan dilahirkan jadi ia boleh memberi kesan apabila pelajar yang terlibat dalam masalah ini,” katanya ketika dihubungi.

Semalam, media melaporkan seramai 1,709 pelajar sekolah menengah daripada 41,741 yang disaring di 178 kawasan berisiko tinggi didapati positif dadah setakat Oktober lepas.

Turut dilaporkan kawasan berisiko tinggi di Sarawak, Kedah dan Kelantan merekodkan peratusan pelajar paling tinggi terlibat dengan masalah itu.

Beliau turut berkata meskipun telah ada program pendidikan pencegahan penyalahgunaan dadah di sekolah ia perlu dikaji semula kerana mungkin terdapat kelemahan yang boleh diperbaiki terutama dari aspek fokus dan masa yang diberikan terhadap program itu.

“Kita semua tahu guru-guru mempunyai tugasan lain yang menyebabkan fokus dan masa diperuntukkan untuk program pendidikan berkenaan adalah terhad. PIBG perlu memainkan peranan lebih aktif menjalankan program pendidikan ini,” katanya.

Beliau turut menggesa Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik supaya mengambil inisiatif bagi menjadikan sekolah sebagai kawasan bebas dadah dengan mengadakan kerjasama dengan AADK dan polis. – BERNAMA

Tags: Lee Lam Thye
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Serah Senarai Kabinet Kepada SPRM, Polis Langkah Tepat

09/03/2020
0

SHAH ALAM - Inisiatif Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menyerahkan senarai anggota Kabinet untuk tapisan Polis Diraja Malaysia (Polis)...

Segera Naikkan Gaji PDRM

11/06/2019
0

KUALA LUMPUR - Cadangan dan pelaksanaan bagi menambah baik gaji, logistik dan keperluan anggota polis terutama yang berpangkat rendah perlu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd