• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rafizi Antara Tiga Dilantik Naib Presiden PKR Baharu

oleh
28/12/2018
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Bekas Anggota Parlimen Pandan Rafizi Ramli hari ini dilantik sebagai Naib Presiden PKR, selain dua lagi nama baharu bagi memegang jawatan berkenaan.

Dua lagi naib presiden PKR yang dilantik ialah Anggota Parlimen Tanjong Malim Chang Lih Kang dan Anggota Parlimen Saratok Ali Biju.

Ketiga-tiga lantikan baharu ini akan menyertai tiga lagi naib presiden parti yang dipilih pada Pemilihan PKR 2018 baru-baru ini, iaitu Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli Dr A Xavier Jayakumar; Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin, dan Tian Chua.

Pelantikan mereka diumum Presiden PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu kenyataan selepas mesyuarat Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR hari ini.

Turut diumumkan ialah pelantikan semula Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail sebagai Setiausaha Agung, manakala Anggota Dewan Undangan Negeri Semambu Lee Chean Chung sebagai Bendahari Agung baharu.

Sementara itu, jawatan Ketua Penerangan dan Setiausaha Pengelola parti turut menyaksikan pelantikan nama baharu yang masing-masing kini dipegang Anggota Parlimen Hang Tuah Jaya Datuk Seri Shamsul Iskandar Md Akin dan Anggota Parlimen Setiawangsa Nik Nazmi Nik Ahmad.

Selain itu enam lantikan anggota MPP baharu turut diumum iaitu ADUN Machang Bubok Lee Khai Loon, Anggota Parlimen Ledang Syed Ibrahim Syed Noh, Anggota Parlimen Sungai Siput S Kesavan, Faisal Sanusi, Rayyan Abdul Rahim dan Raymond Ahuar.

Pelantikan lain yang diumum ialah jawatan Pengarah Strategi PKR yang kini dipegang Anggota Parlimen Nibong Tebal Datuk Dr Mansor Othman, dan pelantikan semula Anggota Parlimen Lembah Pantai Fahmi Fadzil sebagai Pengarah Komunikasi parti.

Turut diumumkan ialah pelantikan Anggota Parlimen Segamat Datuk Seri Dr R Santhara Kumar sebagai Timbalan Setiausaha Agung dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Sim Tze Tzin serta S Manivanan, masing-masing sebagai Timbalan Ketua Penerangan.

Anwar berkata pelantikan ini melambangkan gandingan pimpinan dari seluruh pelusuk negara yang pelbagai kaum, umur, jantina yang merupakan kekuatan PKR.

Tambahnya lagi, mesyuarat turut mencadangkan Tian Chua mengetuai Jawatankuasa Keanggotaan dan Timbalan Menteri Kesihatan Dr Lee Boon Chye bagi mengetuai Jawatankuasa Sistem Pemilihan Parti. – BERNAMA

Tags: Rafizi Ramli
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

Rafizi Persoal Ketepatan Angka Defisit Fiskal Negara

26/01/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli mempersoalkan ketepatan angka defisit fiskal negara dengan alasan bahawa bayaran...

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

Sprm Nafi Dakwaan Rafizi, Tegas Tidak Diperguna ‘Tekan’ Pemimpin Lawan Kem Izzah

07/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menafikan dakwaan Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli, bahawa agensi itu digunakan untuk...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd