• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, June 4, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekalan Petrol Dan Diesel Di Perlis Cukup – KPDNHEP

oleh
28/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KANGAR – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Perlis memberi jaminan bekalan petrol dan diesel di negeri itu mencukupi menjelang 1 Januari apabila harga bahan bakar itu dijangka berubah.

Penolong Pengarah (Pengkuatkuasaan) KPDNHEP negeri, Mohd Rizab Baharom berkata berdasarkan rekod, 29 daripada 33 stesen minyak di seluruh negeri yang diperiksa sejak dua hari lepas, didapati mempunyai bekalan mencukupi.

“Saya berharap pengguna tidak membuat pembelian panik dan hendaklah membuat aduan jika ada stesen yang menutup operasi mereka,” katanya kepada media selepas memeriksa dua buah lagi stesen minyak di sini, hari ini.

Mohd Rizab berkata penyeludupan bahan bakar itu ke negara jiran juga turun dengan drastik berikutan peningkatan operasi pengkuatkuasaan dan kerjasama dengan agensi-agensi penguatkuasa lain di kawasan sempadan.

Pengusaha stesen minyak yang ingin menutup atau memendekkan operasi juga tidak dibenarkan kecuali selepas mendapat kelulusan Pejabat KPDNHEP.

Mengenai isu kenaikan harga makanan di restoran francais KFC, beliau berkata pihaknya menyerahkan notis kepada empat cawangan syarikat itu di Perlis hari ini untuk mendapatkan maklumat balas sebab harga dinaikkan dan pengusaha diberi tempoh lima hari untuk menjawabnya sebelum tindakan lanjut diambil terhadap mereka.

Pengguna yang mengesan kenaikan itu pada 1 Disember lepas, memuatnaik dalam media sosial. Kenaikan kali kedua dikesan pada 20 Disember. Mengikut laporan kenaikan itu adalah antara 30 sen sehingga RM2.50 sen. – BERNAMA

Tags: Petrol
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

Kerajaan Madani Tanggung Perbelanjaan Tambahan RM7 bilion Sebulan – PMX

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan krisis tenaga yang kian meruncing kini merebak menjadi krisis bekalan...

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter –  Lim Sian See

Harga Brent 23 Jun 2022 AS$114.50 Setong, Tapi Harga Runcit Diesel Rendah RM2.15 Seliter – Lim Sian See

19/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Pempengaruh media sosial yang sering mengkritik dasar kerajaan, Lim Sian See mempersoalkan bagaimana RON95 boleh dijual pada...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd