• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SUV Proton, Perodua Bakal Pacu Jualan Di Malaysia

oleh Cj Mnh
27/12/2018
dalam Gaya Hidup, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) X70 daripada Proton dan SUV Perodua yang bakal diperkenalkan, akan melonjakkan bahagian pasaran bagi segmen SUV Malaysia pada tahun hadapan, kata seorang penganalisis.

Penganalisis automotif dan editor portal berita automotif Funtasticko.net, Shamsul Yunos berkata model-model ini akan meningkatkan jualan SUV di negara ini yang masih tertinggal di belakang angka purata global.

“Segmen SUV Malaysia menguasai hanya kira-kira 15 peratus daripada jumlah jualan keseluruhan industri (TIV) berbanding dengan purata global sebanyak 30 peratus. Ia memuncak sehingga 40 peratus dalam beberapa pasaran tertentu.

“Pengilang-pengilang Malaysia dan beberapa jenama lain mula menyedari potensi pertumbuhan di sini dan akan memperkenalkan atau telah memasarkan produk SUV terbaharu bagi memenuhi permintaan pasaran,” katanya kepada Bernama.

Tahun 2019 juga bakal menyaksikan segmen itu mencatatkan pertumbuhan yang paling rancak.

Shamsul juga yakin bahawa SUV Perodua mahupun Proton akan membuka pasaran baharu untuk SUV tanpa perlu ‘mengorbankan’ jualan kereta sedan mereka.

Seorang penganalisis lain berkata SUV Perodua yang bakal diperkenalkan akan mendapat tumpuan utama kerana jajaran harganya akan lebih rendah berbanding Toyota Rush dan X70.

“Proton X70 masih dalam bentuk kenderaan diimport sepenuhnya dan terhad kepada jumlah tertentu (import), harganya juga masih tinggi walaupun teknologinya agak canggih,” katanya.

Bagaimanapun, MIDF Amanah Investment Bank, dalam satu nota penyelidikan, berkata tawaran dan harga X70 yang agak menarik dijangka akan membantu model berkenaan menjejaskan penguasaan pasaran Honda HR-V dan tidak mustahil, Mazda CX3.

Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Datuk Rashid Musa berkata, setakat ini, X70 telah menerima sebanyak lebih daripada 15,000 tempahan membabitkan kelas Premium, varian spesifikasi terbaik dengan pacuan roda hadapan, ia merupakan jenis yang paling laku dan menyumbang sehingga 60 peratus dalam jualan X70.

Menurut sumber-sumber industri, SUV Perodua diramalkan akan dilancarkan pada suku pertama tahun hadapan.

Bagi 2019, penganalisis tersebut menjangkakan TIV akan kekal pada kira-kira 590,000 unit, disokong oleh beberapa pelancaran merangkumi model Toyota Vios dengan reka bentuk terbaharu, Toyota Yaris Hatchback serta model-model terkini daripada Honda, Mazda dan Nissan.

MIDF berkata Proton juga dijadualkan untuk memperkenalkan versi pemasangan tempatan (CKD) model X70 pada 2019.

Menurut Shamsul lagi, industri automotif negara juga akan mengekalkan bilangan pelancaran antara 40 dan 60 model baharu atau berwajah baharu pada tahun hadapan.

“Kita biasanya menerima pelancaran antara 40 dan 60 model baharu atau model naik taraf dalam setahun. Tidak ada sebab mengapa angka itu akan menyusut pada tahun hadapan,” katanya.

Shamsul berkata walaupun tanpa pensifaran cukai seperti yang dinikmati pada 2018, industri ini akan terus berkembang selagi pasaran dirangsangkan oleh harga yang kompetitif dan perlancaran model-model baharu. – BERNAMA

Tags: PeroduaProton
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

Perodua Traz 2026 Dikhabarkan Bakal Dilancar Minggu Hadapan

14/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Dunia automotif tempatan kembali hangat apabila sebuah model baharu yang didakwa sebagai Perodua Traz 2026 mula tular...

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

Dakwaan Proton X50 Alami Pecutan Tidak Disengajakan, JPJ Digesa Siasat

13/12/2025
0

KUALA LUMPUR – Seorang pemilik Proton X50 mendakwa kenderaan yang dipandunya mengalami insiden Sudden Unintended Acceleration (SUA) apabila kelajuan meningkat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd