• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Ini Baru Pogba – Solskjaer

oleh Ahmad Albab
27/12/2018
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Share on FacebookShare on Twitter

MANCHESTER, England – Ole Gunnar Solskjaer yakin Manchester United kini melihat Paul Pogba seperti yang dikenalinya ketika beliau mengendali pasukan simpanan kelab itu selepas juara Piala Dunia bersama Perancis itu meledak dua gol ketika menang 3-1 ke atas Huddersfield, awal pagi tadi.

Era Solskjaer sebagai pengendali sementara bermula dengan kemenangan 5-1 di Cardiff Sabtu lalu dan permulaan impiannya berterusan dengan sambutan hangat penyokong setia di Old Trafford.

Nemanja Matic membuka tirai jaringan tetapi persembahan Pogba pada babak kedua serta dua gol pemain tengah Perancis itu memberi gambaran sebenar perubahan ketara dalam kalangan pemain selepas Jose Mourinho dipecat dan digantikan dengan pengendali dari Norway itu hingga akhir musim ini.

Solskjaer melatih Pogba ketika remaja sebelum dia menyertai Juventus dan United kemudian terpaksa membayar rekod yuran perpindahan tertinggi dunia 89 juta pound (RM470.4 juta) untuk membawanya semula ke Old Trafford pada 2016.


PAUL Pogba (kanan) meraikan selepas menjaringkan gol. – Foto AFP

“Itu Paul yang saya kenal,” kata Solskjaer. “Paul yang saya kenal sejak dia berada dalam pasukan simpanan dan remaja bersama saya.

“Dia seroang yang sentiasa ceria, wajahnya tidak pernah lekang dengan senyuman.”

Namun senyuman Pogba menjadi pudar sepanjang musim ini apabila tercetus kontroversi dengan Mourinho dan dia sekadar memanaskan bangku simpanan dalam tiga perlawanan terakhir liga kendalian jurulatih dari Portugal itu. – AFP/BH ONLINE

Tags: Ole Gunnar SolskjaerPaul Pogba
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Menang Ke Atas Cardiff City, Pogba Ucap Terima Kasih Kepada Mourinho

23/12/2018
0

BINTANG Manchester United, Paul Pogba berterima kasih kepada Jose Mourinho kerana membantunya menjadi pemain dan individu yang lebih baik. Pogba...

Pengganti Mourinho Digesa Lebih Tegas Terhadap Pogba

22/12/2018
0

BUKAN sesuatu yang mudah untuk Ole Gunnar Solskjaer menggalas tanggung jawab di Manchester United (MU), menggantikan Jose Mourinho. Jika sebelum...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd